Pilihan Raya PBT Hanya Akan Wujudkan Politiking

Diterbitkan: Selasa, 9 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan pemilihan di peringkat pihak berkuasa tempatan tidak perlu diadakan kerana ia akan menyebabkan wujudnya politiking.

Beliau berkata, lagipun pilihan raya peringkat berkenaan telah dimansuhkan sekian lama, maka proses itu tidak perlu lagi diwujudkan semula.

"Apa yang penting ialah kita mahu menambah baik khidmat kepada rakyat, tetapi apabila pemilihan itu diadakan maka ia atau kempen akan akan jadi tumpuan.

"Kalau diadakan pemilihan sekalipun tidak semestinya perkhidmatan akan jadi lebih baik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat kepada 4,000 kakitangan awam di sini.

Beliau mengulas dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini yang dilaporkan berkata bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah pun menghantar surat pemberian kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengikut Perkara 113 (4) Perlembagaan Persekutuan untuk badan itu melaksanakan pilihan raya memilih ahli majlis bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di sebelah pulau dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Bagaimanapun, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof menafikan bahawa pihaknya ada menerima surat berkenaan malah memberitahu cadangan berkenaan perlu dirujuk kepada penasihat undang-undang mereka terlebih dahulu.

Guan Eng, langkah tersebut perlu diadakan bagi memulihkan demokrasi selain mengembalikan kuasa kepada rakyat.

Justeru beliau berharap satu perbincangan khusus dapat diadakan antara kerajaan negeri dan SPR bagi memperhalusi cadangan berkenaan.

Pilihan raya kerajaan tempatan telah dimansuhkan sejak tahun 1960-an iaitu pegawai-pegawai tertinggi pihak berkuasa tempatan (PBT) dan juga Ahli-Ahli Majlis yang bertindak sebagai penasihat dan penggubal undang-undang kecil di PBT, tidak lagi dipilih penduduk di sekitar kawasan terbabit.

Sebaliknya mereka dipilih oleh kerajaan negeri yang kemudiannya dikritik terutamanya oleh penduduk-penduduk yang tidak berpuas hati dengan prestasi PBT di kawasan mereka.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan