Pesawat Terhempas: Pelatih, Jurulatih Cedera Ringan

Diterbitkan: Selasa, 9 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Seorang pelatih dan jurulatih pesawat milik Pusat Latihan Penerbangan Asia Facific, terselamat setelah pesawat yang sedang dalam latihan terhempas di sawah padi Kampung Tualang Salak, Jelawat, dekat sini, kira-kira pukul 4.30 petang ini.

Pelatih terbabit, Tuan Ahmad Huzaimi Tuan Mohd Kamal, 29, patah kaki kiri dan jurulatihnya, Kapten Ramesh Meruterana, 30, terseliuh kaki kanan apabila pesawat jenis Eagle 150B itu terhempas selepas bahagian kipasnya rosak.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Supritendan Yahya Salleh, ketika mengesahkan kejadian itu berkata kedua-dua mangsa yang cedera itu dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dengan ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), setelah penduduk kampung dan pasukan keselamatan membantu mengeluarkan mereka.

"Kedua-dua mangsa berada dalam keadaan stabil dan sedang mendapatkan rawatan di HUSM," katanya kepada BERNAMA di sini hari ini.

Menurut seorang saksi, Mohd Suhaimi Husin, 29, beliau melihat pesawat itu dalam keadaan mencurigakan apabila terbang rendah dan terbang mengiring sebelum terjunam ke dalam sawah padi.

Katanya, ketika kejadian itu beliau sedang memandu kereta dalam perjalanan dari Pekan Jelawat ke Kota Bharu bersama seorang kawannya, Mohd Rudzuan Abdullah, 38.

"Selepas melihat keadaan itu, saya terus memberhentikan kereta dan kami bergegas ke tengah padang untuk melihat kejadian itu dari dekat," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurut Mohd Suhaimi, beliau dan Mohd Rudzuan membantu mengangkat kedua-dua mangsa ke dalam ambulans sebelum dikejarkan ke hospital.

"Saya sempat bercakap dengan pelatih dan kapten pesawat itu berkata ia mengalami masalah kerosakan kipas sebelum terhempas di sawah padi itu.

Melihat keadaan itu, Mohd Rudzuan terus menelefon polis peronda yang beliau kenali yang sedang membuat rondaan di kawasan itu.

Katanya berdasarkan rekod dalam telefon bimbitnya menunjukkan beliau membuat panggilan kepada polis pukul 4.33 petang.

Seorang lagi saksi, Aminah Mamat, 45, yang tinggal berhampiran tempat kejadian berkata beliau terkejut apabila melihat pesawat itu terbang rendah hampir merempuh tangki air banglo berhampiran. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan