Pemilihan PBT Tidak Perlu Diadakan

Diterbitkan: Selasa, 9 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) hanya akan lebih mementingkan proses politiking di kalangan ahli PBT menerusi kempen dan pemilihan, dan oleh itu tidak perlu diadakan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata kerajaan pusat sebaliknya berpendapat, PBT perlu lebih menumpukan kepada proses penambahbaikan perkhidmatan mereka terhadap masyarakat.

"Tumpuan sepatutnya adalah untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat, daripada kita mengutamakan proses politik itu sendiri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesebelas, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai langkah kerajaan negeri Pakatan Rakyat, Pulau Pinang dan Selangor yang mahu mengadakan semula proses pilihan raya tempatan, seperti yang pernah diadakan 43 tahun lalu tetapi dimansuhkan pada 1965. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan