MTUC Cadang Restoran Diberi Insentif Cukai, Galak Ambil Pekerja Tempatan

Diterbitkan: Selasa, 9 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan agar kerajaan memberi insentif cukai kepada pemilik kedai kopi dan restoran sebagai galakan kepada mereka untuk mengambil pekerja tempatan.

Naib Presiden MTUC, A. Balasubramanim berkata insentif boleh berupa potongan atau bayaran cukai yang lebih rendah, sekiranya ramai pekerja tempatan yang diambil bekerja.

"Dengan hanya menyaran kepada mereka supaya mengambil pekerja tempatan, ia kurang berkesan," katanya.

Masih terdapat lebih daripada 150,000 warga asing yang bekerja di sektor restoran di negara ini, walaupun kerajaan sedang berusaha untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing, termasuk di sektor lain.

Kepada pemilik restoran pula, Balasubramaniam mencadangkan agar diperkenalkan perkhidmatan layan diri bagi mengurangkan penggunaan pekerja.

"Sistem seperti ini boleh dilaksanakan misalnya seperti yang diamalkan di stesen minyak," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan