PKR Pecat Zulkifli Kerana Masalah Disiplin

Diterbitkan: Isnin, 8 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR)memacat keanggotaan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin kerana masalah disiplin bukan disebabkan parti itu menolak perjuangan Islam.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan PKR bertindak mengikut prinsip dan perjuangan parti serta tidak akan berkompromi mengenai isu yang melibatkan soal disiplin.

"Ini adalah isu disiplin yang kami telah persetujui secara sebulat suara.

"Kita tak akan lari daripada tanggungjawab ataupun tak adil kepada prinsip parti dan juga Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media Pakatan Rakyat di sini hari ini.

Media hari ini melaporkan Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin menyifatkan pemecatan Zulkifli dari PKR adalah bukti parti itu secara terang-terangan menolak perjuangan Islam.

Rosnah juga mendakwa perkara berkenaan menunjukkan seolah-olah perjuangan Zulikifli untuk mempertahan dan memperjuangkan Islam sama sekali bertentangan dengan perjuangan barisan kepimpinan PKR.

Tegas Anwar lagi, isu pemecatan Zulkifli tiada kaitan dengan prinsip parti itu dalam menegakkan Islam dan membela nasib orang Melayu.

"Anda tak boleh kaitkan isu disiplin ini dengan isu agama ataupun mengenai kedudukan orang Melayu.

"Ini juga bukan fasal dengar kepada orang Cina atau DAP, ia sangat tak relevan kerana mengenai isu Allah kita sudah jelaskan dengan terpeinci pendirian kita," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan