Pindaan Perlembagaan Bakal Kukuhkan BN

Diterbitkan: Isnin, 8 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pindaan terhadap perlembagaan Barisan Nasional (BN) bakal menjadikan BN sebuah gabungan parti pelbagai kaum yang kuat di negara ini, kata anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi.

Katanya pindaan perlembagaan itu akan membolehkan BN menerima permohonan menjadi anggotanya secara terus, termasuk permohonan daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Selain itu, BN hanya menggunakan satu logo parti berbanding pembangkang yang kini menggunakan logo masing-masing, katanya kepada pemberita selepas melancarkan program tuisyen percuma Sekolah Kebangsaan Kampung Lindungan, Bandar Sunway di sini semalam.

Cadangan pindaan yang dicetuskan oleh Pengerusi BN Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak itu bertujuan memberi pengiktirafan kepada parti-parti politik, NGO dan individu yang cenderung menyokong BN.

Perkhidmatan tuisyen percuma itu adalah anjuran Umno bahagian Kelana Jaya dengan melibatkan sukarelawan di kalangan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Umno Bahagian Kelana Jaya, Datuk Yahaya Bujang dan Naib Canselor UiTM Prof Datuk Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

Dr Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berharap program tuisyen seperti itu dapat dikembangkan di seluruh negara. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan