Pilihan Raya PBT Perlu Dirujuk Kepada Pakar Undang-Undang – SPR

Diterbitkan: Isnin, 8 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof hari ini berkata cadangan supaya badan itu menguruskan pilihan raya bagi memilih ahli majlis phak berkuasa tempatan (PBT) perlu dirujuk kepada penasihat undang-undang mereka terlebih dahulu.

“Sebagai sebuah badan bebas, saya tak pasti sama ada SPR boleh terima cadangan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

“Sehingga hari ini saya belum menerima sebarang surat daripada Guan Eng atau Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang meminta kami mengurus dan mengendalikan pilihan raya peringkat PBT,” katanya kepada mStar Online semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengadakan pilihan raya bagi jawatan ahli majlis di negeri itu.

Pulau Pinang hanya mempunyai dua buah kerajaan tempatan iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di sebelah pulau dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)di tanah besar.

Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang itu memberitahu para pemberita keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat exco kerajaan Negeri Rabu lalu.

Beliau juga dilaporkan sebagai berkata bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah pun menghantar surat pemberian kuasa kepada SPR mengikut Perkara 113 (4) Perlembagaan Persekutuan untuk badan itu melaksanakan pilihan raya memilih ahli majlis bagi MPPP dan MPSP.

Menurut Guan Eng, langkah tersebut perlu diadakan bagi memulihkan demokrasi selain mengembalikan kuasa kepada rakyat.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, beliau tidak boleh membuat sebarang keputusan pada ketika ini kerana beliau perlu melihat isi kandungan surat yang telah dihantar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu terlebih dahulu.

“Saya tidak pasti sama ada ada peruntukan dalam perlembagaan Persekutuan yang membolehkan SPR mengendalikan satu pilihan raya bagi kerajaan tempatan.

“Apa pun kami perlu merujuk kepada penasihat undang-undang yang mewakili SPR terlebih dahulu. Pada masa yang sama saya juga tidak pasti sama ada wujud peruntukan dalam Akta Kerajaan Tempatan yang membolehkan SPR mengadakan pilihan raya bagi PBT,” katanya.

Beliau berkata, sepatutnya Guan Eng menghubungi SPR sendiri untuk berbincang dan mendapatkan pandangan daripada mereka terlebih dahulu sebelum memaklumkan perkara tersebut kepada media.

“Sepatutnya, mereka menghubungi SPR bagi memaklumkan cadangan mereka terlebih dahulu kerana dengan cara tersebut mereka akan dapat maklumat yang jelas mengenai cadangan yang mereka buat itu,” katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan