Pemecatan Anwar Daripada Kabinet Pada 1998 Sah: Mahkamah Persekutuan

Diterbitkan: Isnin, 8 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan 11 tahun lepas adalah sah di sisi undang-undang, kata Mahkamah Persekutuan.

Panel terdiri Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Abdull Hamid Embong sebulat suara mengetepikan rayuan terakhir Anwar untuk mendapatkan perintah bahawa pemecatannya daripada jawatan kabinet pada 2 Sept 1998 melanggar Perlembagaan.

Hakim Alauddin berkata Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, mempunyai kuasa mengikut Perlembagaan Persekutuan untuk memecat anggota kabinetnya.

Katanya Yang di-Pertuan Agong selaku raja berperlembagaan, dikehendaki bertindak selaras dengan nasihat Perdana Menteri.

Sebelum ini Anwar gagal dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang masing-masingnya memutuskan bahawa Dr Mahathir mempunyai kuasa memecat anggota kabinetnya dan telah bertindak mengikut Perlembagaan dengan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong mengenai pemecatan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan