Peguam Negara Sedia Dokumen Bawa Pulang 2 Enjin F-5E

Diterbitkan: Isnin, 8 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pejabat Peguam Negara telah menyediakan dokumen perundangan bagi membawa pulang dua enjin pesawat pemintas dan pejuang F-5E Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang ditemui di Uruguay sebagai bahan bukti.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam satu kenyataan berkata, ini kerana siasatan mendapati terdapat sebahagian bukti dalam bentuk dokumentasi dan saksi yang memerlukan perbicaraan dijalankan di mahkamah jenayah di Malaysia.

Sehubungan itu, menurutnya, Kerajaan Malaysia telah melantik peguam di Uruguay mewakili negara ini dalam mana-mana prosiding di sana berhubung dua enjin yang dicuri itu.

"Peguam berkenaan sedang berusaha untuk bertemu Peguam Daerah dan hakim yang mengendalikan kes berkenaan dalam minggu ini sebelum membawa balik kedua-dua enjin itu mengikut undang-undang mereka.

"Sementara bagi Kerajaan Uruguay, siasatan juga mendapati dua enjin yang ditemui di Port of Montevideo itu dan berada di bawah simpanan pihak mahkamah Uruguay.

Kami telah pun melawat kawasan tentera di mana enjin itu diampan dan mengenal pasti memang ia milik Kerajaan Malaysia," katanya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas urusan membawa balik dua enjin jet pejuang F5-E yang yang berpangkalan di Skuadron 12 Scorpion Butterworth, Pulau Pinang.

Dua enjin itu dilaporkan hilang masing-masing pada Jun dan November 2007, bagaimanapun, kehilangan kedua-dua enjin itu hanya disedari setahun kemudian sebelum laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields pada 4 Ogos 2008.

Kerajaan akan memastikan dua enjin pesawat pemintas dan pejuang F-5E Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang ditemui di Uruguay, dibawa balik ke negara ini secepat mungkin.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan