MCA Lulus Lima Resolusi, Minta Penambahan Bukan Bumiputera - Berita Semasa | mStar

MCA Lulus Lima Resolusi, Minta Penambahan Bukan Bumiputera

Diterbitkan: Isnin, 8 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Tahunan MCA (AGM) Ke-56 yang berakhir di sini semalam, meluluskan lima resolusi merangkumi 16 perkara di bawah usul politik, hal ehwal kerajaan, pendidikan, sosial dan ekonomi, serta budaya.

Antara yang diluluskan sebulat suara oleh para perwakilan yang hadir ialah meminta kerajaan menambah bilangan pengambilan bukan Bumiputera dalam perkhidmatan awam.

Langkah itu akan memberi peluang kenaikan pangkat dan kebajikan dapat diberikan secara adil selain lebih ramai masyarakat daripada pelbagai kaum dapat menyertai sektor awam.

Bagi isu politik, perhimpunan agung itu juga meminta kerajaan melaksanakan sepenuhnya perubahan dan inovasi kepada struktur dan mekanisme pertadbiran Barisan Nasional (BN) supaya konsep perkongsian kuasa dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Parti itu juga menggesa kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang ditawarkan oleh semua sekolah persendirian Cina selain menyediakan peruntukan kepada sekolah terbabit supaya lebih ramai pelajar yang berbakat dapat dipupuk.

Kerajaan juga digesa untuk terus mengamalkan dasar pendidikan yang lebih liberal dan berbilang kaum supaya lebih banyak sekolah vernakular boleh ditubuhkan dan dimasukkan ke dalam program pembangunan nasional.

Mengenai isu ekonomi, MCA yang menyokong penuh usaha kerajaan melaksanakan Model Ekonomi Baru, meminta kerajaan membuat pertimbangan sewajarnya ketika menilai dasar-dasar ekonomi supaya tidak menyulitkan kehidupan rakyat yang dibebani dengan pelarasan tarif air, elektrik serta tol.

Resolusi lain termasuk gesaan terhadap semua jabatan kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan Biro Tata Negara (BTN) untuk mengubah suai kursus mengikut fakta sejarah dan menyerapkan konsep 1Malaysia ke dalam kurikulumnya.

Langkah itu berupaya menanam pengertian sebenar sejarah dalam diri pelajar selain bebas daripada pemikiran yang hanya berlandaskan kaum.

MCA turut meminta kerajaan menilai semula hukuman fizikal terhadap golongan wanita beragama Islam dan bertindak atas dasar pertimbangan kemanusiaan dengan mematuhi persetujuan yang diterima pakai "Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita" (CEDAW).

Selain itu, MCA menyokong penuh gagasan 1Malaysia "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan" yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai usaha untuk mencapai satu sistem meritokrasi rakyat berlandaskan kepada keperluan penduduk dalam pentadbiran negara.

Parti itu turut menyokong penuh Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang melaksanakan kedua-dua dasar Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Petunjuk Prestasi Utama Negara (NKPI) untuk memperkasa prasarana kawasan luar bandar dan pedalaman selain meningkatkan taraf hidup rakyat. -BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan