Kes Kartika: Sultan Pahang Akan Minta Nasihat Undang-Undang

Diterbitkan: Isnin, 8 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah akan mendapatkan nasihat perundangan terlebih dahulu berhubung hukuman sebat yang dikenakan ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno sebelum memutuskan sama ada akan memberi pengampunan diraja ke atas bekas model separuh masa itu.

Baginda bagaimanapun bertitah bahawa setakat ini pihak Istana tidak menerima sebarang rayuan daripada Kartika berhubung hukuman yang dikenakan ke atasnya itu.

Sultan Ahmad Shah bertitah demikian selepas merasmikan jambatan baru Kuala Krau dekat sini hari ini.

Pada 20 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan telah menjatuhkan hukuman sebat sebanyak enam kali ke atas Kartika,33, dan denda RM5,000 selepas dia mengaku bersalah meminum arak secara terbuka di tempat awam.

Kartika membayar denda tersebut tetapi enggan merayu ke atas hukuman sebat yang dikenakan ke atasnya itu. Hukuman sebat itu telahpun ditangguhkan beberapa kali.

Pada 3 Mac baru-baru ini, Kartika telah menghadap Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang juga Pengerusi Majlis Adat Istiadat Melayu dan Hal Ehwal Agama Islam Pahang di Kompleks Islam di Pekan.

Tengku Abdullah telah berjanji akan membawa kes Kartika ke hadapan Sultan, memandangkan di bawah Seksyen 133 Prosedur Jenayah Syariah Negeri Pahang, Sultan mempunyai hak keistimewaan untuk mengampun Kartika walaupun dia tidak membuat rayuan secara rasmi.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan