Kereta Presiden, Timbalan Presiden Persatuan Hindu Sangam Dibaling Bom Petrol

Diterbitkan: Isnin, 8 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kereta milik presiden dan timbalan presiden Persatuan Malaysia Hindu Sangam dibaling dengan bom petrol atau molotov cocktail awal pagi tadi, dipercayai ada kaitan dengan isu dalaman persatuan itu.

Dalam kejadian kira-kira 1.20 pagi itu, kedua-dua buah kereta itu yang ketika itu diletakkan dalam kawasan Wisma Malaysia Hindu Sangam di Taman Petaling Utama di sini mengalami kesan terbakar pada bahagian bonet, tayar depan dan pintu.

Pintu hadapan bangunan Wisma itu turut mengalami kesan terbakar akibat turut dilontar dengan satu daripada tiga bom petrol itu.

Presiden persatuan itu RS Mohan berkata perbuatan khianat itu dipercayai dilakukan oleh individu yang tidak berpuas hati dengan keputusan mesyuarat persatuan itu Sabtu lalu.

Mohan berkata beliau dan timbalannya V.Kundasamy berada di tingkat satu bangunan tiga tingkat itu apabila terdengar orang memekik.

"Bila saya tenguk di luar tingkap, saya nampak dua lelaki yang berada di seberang jalan lari menuju ke arah bangunan ini dengan menjerit api...api," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya beliau dimaklumkan oleh seorang pengawal keselamatan di situ bahawa dia nampak dua lelaki menaiki sebuah motosikal melakukan perbuatan itu.

Mohan berkata semalam satu mesyuarat bersama 30 badan bukan kerajaan (NGO) dan 80 individu diadakan di Wisma itu bagi membincangkan permasalahan dan kewangan persatuan dan mendakwa ada di antara ahli mesyuarat tidak sependapat dengan keputusan yang dibuat pada mesyuarat itu.

Setiausaha Agung MIC Datuk S. Subramaniam yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata beliau berharap polis segera menyiasat kes itu kerana ini merupakan kejadian kedua yang menimpa ahli persatuan itu.

Pada 25 Feb lepas, rumah ahli persatuan, R Sitrarasu, 42, di Taman Seri Sentosa dan sebuah kereta miliknya dibakar dipercayai dilakukan oleh individu yang dikenalinya menyebabkan bahagian hadapan rumah tempat letak kereta hangus terbakar.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohammed ketika dihubungi berkata pihaknya masih menjalankan siasatan dan tidak menolak kejadian itu adalah perbuatan khianat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan