Karpal Cabar Empat Bekas Ahli Parlimen PKR Tidak Hadir Sidang Parlimen

Diterbitkan: Isnin, 8 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Pengerusi DAP Karpal Singh mencabar empat anggota Parlimen yang keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat yang dijadual bermula 15 Mac ini.

"Saya mencabar mereka tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat kelak bagi membolehkan kerusi dalam Dewan Rakyat dikosongkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya perkara 52 (1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan seseorang anggota Parlimen yang tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat selama satu penggal maka jawatan ahli Parlimen akan gugur secara automatik.

Empat anggota Parlimen terbabit ialah Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai) dan Zulkifli Nordin (Kulim/Bandar Baru).

Karpal Singh berkata oleh kerana DAP merupakan anggota dalam pakatan pembangkang, beliau menyifatkan mereka sebagai satu keluarga dan berhak mencampuri urusan PKR.

"Jika mereka mengatakan pemilihan mereka berdasarkan pilihan rakyat, saya cabar mereka meletak jawatan dan satu pilihan raya (kecil) diadakan untuk membuktikan kemenangan mereka memang dipilih oleh rakyat dan mereka harus ingat, jangan bermegah kerana mereka menang pun atas tiket PKR," katanya.

Anggota Parlimen Bukit Gelugor yakin tiada lagi pemimpin PKR akan keluar parti kerana mendakwa "pengkhianat" dalam PKR sudah tiada.

"Saya yakin selepas ini tiada lagi yang akan keluar parti walaupun Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui PKR menghadapi masalah apabila beberapa wakil rakyat keluar parti itu namun saya lihat ia satu proses pembersihan parti," katanya.

Di SHAH ALAM, presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencabar Zulkifli untuk meletakkan jawatan sebagai anggota Parlimen kawasan itu dan buktikan bahawa beliau masih lagi diperlukan di sana.

"Jika beliau (Zulkifli) seorang lelaki yang mempunyai prinsip, beliau hendaklah mengosongkan kerusi itu dan membenarkan pemilih menentukan nasibnya. Jika anda ingin berjuang, jika anda ingin mengkritik, kritik lawan, bukan rakan, katanya ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor di sini hari ini.

Zulkifli, seorang peguam, yang disingkirkan daripada PKR semalam, berkata beliau tidak akan merayu mengenai penyingkiran itu dan mahu menjadi seorang anggota Parlimen Bebas untuk terus memberikan khidmat kepada orang ramai.

Beliau dihadapkan pada Lembaga Disiplin untuk menjelaskan sendiri mengenai laporan polisnya terhadap Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad daripada PAS, rakan sekutu, PKR, berkaitan penggunaan kalimah "Allah".

Tiga hari lepas, Zulkifli keluar meninggalkan pendengaran lembaga itu dengan mengatakan beliau tidak mahu dihakimi oleh anggota lembaga yang bukan beragama Islam.

Dr Wan Azizah juga menafikan dakwaan bahawa PKR akan tumbang berikutan dengan perkembangan terkini di mana empat anggota Parlimennya keluar parti.

"Pada 2004, kita ada hanya satu kerusi dan kita tidak tumbang atau tenggelam. Kini, kita ada tinggal 26 kerusi dan masih mampu untuk memerintah negeri yang maju seperti Selangor," kata beliau.

Beliau berkata kes Zulkifli bukan mengenai Islam tetapi melanggari disiplin parti. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan