Tindakan MAIS Untuk Pastikan Pemberian Sijil Mengikut Hukum Syarak

Diterbitkan: Ahad, 7 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengharamkan penggunaan logo Halal yang dikeluarkan enam syarikat swasta adalah tepat dalam memastikan sesuatu produk halal yang dijual mengikut hukum syarak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata jika sijil halal dikeluarkan syarikat swasta tanpa kawalan, ia akan menimbulkan pelbagai keraguan di kalangan pengguna kelak.

"Syarikat swasta yang tidak mengikut prosedur ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam negeri akan menyebabkan syarikat swasta yang lain akan melakukan perkara yang sama dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan sijil halal," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis konvokesyen ke-5, Kolej Islam Antarabangsa, Gombak dekat sini semalam. Pada majlis itu, Jamil Khir menyampaikan diploma dan sijil kepada 1,077 graduan.

Jamil Khir diminta mengulas laporan akhbar hari ini yang mengatakan Mais mengharamkan serta-merta penggunaan logo halal yang dikeluarkan enam syarikat swasta di semua restoran, kafe, hotel dan medan selera di Selangor.

Enam syarikat terbabit ialah Bahtera Lagenda Sdn Bhd, Islamic Food and Research Council (IFRC), SAS-H Consultancy, Perak Religious Officer Association, Halal Food Council S.E.A dan IFANCA International. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan