Tee Keat Bayangkan Bertanding Semula Pada Pemilihan Parti 28 Mac

Diterbitkan: Ahad, 7 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat membayangkan yang beliau akan bertanding semula pada pemilihan baru parti yang dijadualkan 28 Mac.

Semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan (AGM) ke-56 parti di sini hari ini, katanya beliau bertanggungjawab untuk meneruskan agenda pembaharuan beliau dalam parti. Ong dipilih sebagai presiden pada Oktober 2008 bagi tempoh penggal tiga tahun.

"Di antara mesyuarat agung luarbiasa (EGM) akan datang dan pemilihan parti akan datang pada 2011, selangnya cuma kira-kira satu tahun. Saya masih ada setahun untuk melakukannya dan saya berazam untuk memikulnya dan menamatkan perjalanan yang telah saya pilih dari awal.

"Saya berharap saya akan dapat meneruskannya," katanya dalam ucapan pembukaan yang disambut tepukan gemuruh para perwakilan.

Hanya 603 daripada 2,378 perwakilan pusat menghadiri mesyuarat itu kerana para perwakilan berbelah-bahagi sama ada mahu menghadiri atau tidak mesyuarat itu ekoran perkembangan terbaru itu.

Krisis kepimpinan parti yang telah berlarutan menyaksikan kejutan dramatik pada Khamis apabila 21 anggota Jawatankuasa Pusat (CC) yang dipilih meletakkan jawatan, memaksa pemilihan baru perlu diadakan.

Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, naib presiden parti, meletakkan jawatan semalam, menjadikan anggota CC yang meletak jawatan kepada 22. Tiga lagi naib presiden dan timbalan presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek merupakan antara 21 yang meletak jawatan sebelum itu.

Pencalonan bagi pemilihan baru ditetapkan 22 Mac.

Ong berkata parti itu yang menyambut ulang tahun ke-61 malam tadi, sedang melalui tempoh yang amat mencabar.

Katanya beliau terharu dengan jumlah perwakilan yang hadir walaupun angkanya berkurangan.

"Ini satu ujian getir terhadap keutuhan kita. Walaupun terpaksa mengharungi pelbagai dugaan, kita sebagai perwakilan parti, satu-satunya tanggungjawab yang diletakkan ke atas diri kita oleh ahli kita ialah menjalankan tugas kita secara teratur dan tanpa diingatkan atau dipaksa-paksa.

"Tanggungjawab mesti dijalankan dengan kesanggupan dan kerelaan sendiri," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan