Pindaan Perlembagaan Bakal Kukuhkan BN

Diterbitkan: Ahad, 7 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pindaan terhadap perlembagaan Barisan Nasional (BN) bakal menjadikan BN sebuah gabungan parti pelbagai kaum yang kuat di negara ini, kata anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi.

Katanya pindaan perlembagaan itu akan membolehkan BN menerima permohonan menjadi anggotanya secara terus, termasuk permohonan daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Selain itu, BN hanya menggunakan satu logo parti berbanding pembangkang yang kini menggunakan logo masing-masing, katanya kepada pemberita selepas melancarkan program tuisyen percuma Sekolah Kebangsaan Kampung Lindungan, Bandar Sunway di sini hari ini.

Cadangan pindaan yang dicetuskan oleh Pengerusi BN Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak itu bertujuan memberi pengiktirafan kepada parti-parti politik, NGO dan individu yang cenderung menyokong BN.

Perkhidmatan tuisyen percuma itu adalah anjuran Umno bahagian Kelana Jaya dengan melibatkan sukarelawan di kalangan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Umno Bahagian Kelana Jaya, Datuk Yahaya Bujang dan Naib Canselor UiTM Prof Datuk Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

Dr Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berharap program tuisyen seperti itu dapat dikembangkan di seluruh negara. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan