Ong Minta Maaf Jika Isu PKFZ Jadi Punca Krisis Kepimpinan MCA

Diterbitkan: Ahad, 7 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini mengaku isu kontroversi Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) mungkin menjadi punca yang mencetuskan krisis kepimpinan dan kemelut dalam parti.

Beliau turut memohon maaf kepada perwakilan pusat yang menghadiri mesyuarat agung tahunan parti ke-56 di sini terhadap suasana rasa tidak selesa di kalangan mereka akibat krisis itu.

Ini merupakan kali ketiga presiden parti itu memohon maaf terhadap isu berkenaan dalam tempoh dua hari.

Parti itu dikejutkan dengan perletakan jawatan beramai-ramai anggota jawatankuasa pusat yang dilantik, termasuk timbalan presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang memaksa parti itu menetapkan 28 Mac ini sebagai tarikh pemilihan baru.

Ong berkata sebagai Menteri Pengangkutan beliau sendiri yang memilih untuk memulakan siasatan terhadap isu PKFZ itu.

"Saya sanggup menghadapi apa jua akibat siasatan terhadap isu berkenaan, bagaimanapun jika akibatnya membawa kesan kepada parti, saya memohon maaf kerana ia memang tidak dijangkakan," katanya dalam ucapan penggulungannya.

Katanya beliau juga tidak dapat mengesahkan sekiranya wujud sebarang hubungan antara isu PKFZ dan kemelut dalam parti, kerana kedua-dua krisis kelihatan tercetus pada masa yang hampir sama.

"Saya tidak tahu sekiranya ia berlaku secara kebetulan atau sebaliknya.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya Ong bagaimanapun berkata siasatan berhubung isu PKFZ perlu diteruskan.

Beliau berkata isu itu digunakan oleh pembangkang pada pilihan raya 2008 dan sekiranya siasatan tidak dijalankan, ia sekali lagi akan menjadi bebanan politik kepada parti dan juga Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang.

Dalam ucapan itu juga, Ong turut menekankan kepada pentingnya usaha membekal kemahiran kepada lebih ramai pekerja tempatan dan meningkatkan daya saing mereka supaya kebergantungan negara kepada tenaga kerja asing dapat dikurangkan.

Katanya MCA juga menyokong sepenuhnya model ekonomi baru yang akan diperkenalkan oleh Perdana Menteri tidak lama lagi.

Beliau berkata MCA juga akan melaksanakan bidang keberhasilan utama untuk mengerakkan jentera parti dengan sepenuhnya bagi menghadapi pilihan raya umum yang akan datang dan meningkatkan pengambilan anggota baru, meningkatkan kerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan melalu 1MCA Community Alliance, dan memperkasa urus tadbir parti. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan