MB Johor Jalani Pemeriksaan Kesihatan Selepas Mengadu Tidak Selesa

Diterbitkan: Ahad, 7 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman hari ini menjalani pemeriksaan kesihatan biasa di Hospital Pakar Johor selepas mengadu tidak selesa ketika bermain golf di Royal Johor Country Club.

"Beliau berasa tidak selesa pada 8.45 pagi ketika bermain golf dan dihantar ke Hospital Pakar Johor untuk menjalani pemeriksaan biasa," kata setiausaha akhbarnya, Mat Saodi Attar ketika dihubungi.

Beliau memberitahu Abdul Ghani telah disuruh pegawai perubatan hospital untuk berehat dan dibenarkan keluar hospital pada 12.56 tengah hari.

Petang semalam, Abdul Ghani merasmikan projek jalan raya Sengkang Batu 20-Kampung Teratai di Bukit Gambir, Ledang sebelum bergegas balik untuk bersama-sama penduduk Johor Baharu menyaksikan Perarakan Chingay di pusat bandar.

Abdul Ghani dan isterinya, Datin Paduka Dr Jamilah Ariffin kelihatan ceria semasa menyaksikan perarakan tersebut yang berakhir kira-kira 12 tengah malam.

Jamilah yang sempat ditemui di hospital itu berkata, suaminya agak letih disebabkan jadual kerja yang padat sejak sebulan lalu.

"Beliau hanya letih kerana mempunyai jadual padat sejak sebulan lalu. Jangan bimbang. Beliau hanya perlu berehat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan