Jeff Ooi Mahu Husni Minta Maaf Berhubung Kenyataan Perkauman

Diterbitkan: Ahad, 7 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Anggota Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun hari ini meminta Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah memohon maaf secara terbuka kerana didakwa membuat kenyataan berunsur perkauman semasa berucap pada satu majlis di sini baru-baru ini.

Ooi yang juga Ketua Staf di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, Ahmad Husni diberi tempoh 24 jam untuk berbuat demikian atau beliau akan membuat laporan polis.

"Kami ada bukti yang kukuh, kami ada pita rakaman ucapan Husni itu dan kalau dalam 24 jam Husni tak bagi penjelasan yang setimpal, kita seru (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) lucutkan jawatannya," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau mendakwa kenyataan berunsur perkauman itu dibuat oleh Ahmad Husni pada majlis makan malam anjuran Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang pada Jumaat lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan