Empat Ladang Di Bachok Terbakar

Diterbitkan: Ahad, 7 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Pembakaran tayar secara terbuka di sebuah ladang mengundang padah apabila api yang membakar tayar itu merebak sehingga memusnahkan empat ladang di Kampung Kuau dekat sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Bachok Saipu Bhari Mohd Noor berkata empat ladang yang musnah dijilat api itu ialah ladang kelapa sawit, ladang nanas, ladang getah dan ladang pokok bakar yang terletak berhampiran antara satu sama lain.

"Kami menerima laporan mengenai kebakaran ladang pada pukul 2.05 petang. Ketika kami sampai, api sedang marak dan cuaca panas musim kemarau menyebabkan api agak sukar dikawal dan merebak dengan begitu cepat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya mengambil masa sehingga satu jam untuk mengawal kebakaran di kawasan seluas 15 hektar itu.

"Kebanyakan ladang seperti ladang nanas itu sudah masak ranum dan menunggu untuk dikutip, bagaimanapun kebakaran itu telah memusnahkan kesemua tanaman," katanya.

Beliau berkata punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.

"Setiap hari di musim kemarau ini bomba Bachok akan melakukan rondaan dan pagi tadi tinjauan kami di kawasan ladang itu mendapati ada sekumpulan pelajar sekolah menengah di sekitar daerah ini yang ponteng sekolah sedang menghisap rokok di kawasan ladang itu.

"Selain itu kami turut melihat seorang individu yang tidak pasti sama ada pemilik ladang terbabit atau individu luar sedang membakar tayar di kawasan itu," katanya.

Sementara itu Saipu Bhari berkata sebuah lagi ladang kelapa sawit di Felcra Beris Lalang dekat sini terbakar sejurus selepas kejadian kebakaran ladang di Kampung Kuau itu.

"Kejadian kedua itu berlaku kira-kira pukul 3 petang semasa kami sibuk memadamkan kebakaran di ladang Kampung Kuau menyebabkan kami terpaksa meminta bantuan jentera dan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Baharu," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan