Dera Kanak-Kanak Perbuatan Zalim, Tak Bertamadun - Musa

Diterbitkan: Ahad, 7 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menyifatkan perbuatan mendera kanak-kanak adalah perbuatan yang zalim, tidak bertamadun dan tidak boleh dibiarkan.

Beliau berkata masyarakat perlu peka dan mengambil tahu keadaan di sekeliling bagi membendung kes jenayah seperti itu berlaku.

"Tindakan pijak (kanak-kanak) tak bertamadun dan zalim. Ada jiran yang nampak dan dengar jenayah itu berlaku tetapi tak laporkan pada polis.

"Bila kita (polis) diberitahu, polis akan datang untuk ambil tindakan. Masyarakat dulu bersatu tak seperti sekarang, suka bersendirian dan tak mahu campur orang (lain)," katanya kepada pemberita selepas majlis dialog bersama penduduk di Dataran Petaling Jaya di sini semalam.

Musa berkata demikian ketika mengulas mengenai kes penderaan kanak-kanak perempuan Syafia Humairah Sahari, 3, dan seorang kanak-kanak lelaki K. Haresvarren berusia 18 bulan.

Pada 26 Februari lepas, Syafia meninggal dunia akibat didera oleh teman lelaki ibunya di rumah mereka di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini.

Manakala Haresvarren pula mati setelah dipercayai dipijak oleh jirannya sehingga tidak sedarkan diri di sebuah taman permainan di Kayu Ara, Khamis lepas.

Beliau berkata masyarakat masa kini lebih bersikap pentingkan diri dan seolah-olah lepas tangan walaupun membabitkan kes jenayah yang berlaku di depan mata.

"Kalau penduduk ada hubungan erat dan bagi maklumat pada polis, kes jenayah dapat dielakkan.

"Bila berlaku (jenayah) baru menyesal," katanya.

Musa turut mengingatkan masyarakat agar tidak takut untuk tampil menyalurkan maklumat kepada polis mengenai kes penderaan serta memberi jaminan identiti mereka tidak akan didedahkan.

"Saya percaya dalam kes penderaan kanak-kanak ini ada lebih daripada seorang saksi yang melihat...tetapi mereka ini tidak mahu tampil," katanya.

Sementara itu, Musa berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu kelulusan daripada kerajaan untuk menempatkan seorang pegawai perhubungan narkotik di tujuh negara pengeluar dadah utama seperti di Iran, Afganistan, Cambodia dan Vietnam.

Beliau berkata inisiatif terbaru untuk menempatkan mereka di pejabat Kedutaan Malaysia di negara terbabit akan membantu dalam aspek mengumpulkan maklumat melalui risikan.

"Dengan penempatkan pegawai kita, PDRM dapat berkongsi maklumat dan bertukar-tukar fikiran dengan agensi penguatkuasa negara berkenaan dalam usaha mematahkan cubaan menjadikan Malaysia sebagai negara transit dadah," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan