Ceramah PR di Kelab Sultan Sulaiman Kecoh Bila Polis Arah Henti

Diterbitkan: Ahad, 7 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kekecohan meletus di ceramah Pakatan Rakyat (PR) malam Ahad apabila pihak polis menyerbu ke pentas utama dan menghalang ceramah daripada dilangsungkan.

Ceramah yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman dekat Kampung Baru itu adalah untuk memperingati ulang tahun kedua kejayaan PR dalam pilihan raya umum 2008.

Pada pilihan raya yang lalu, PR telah berjaya menawan empat buah negeri iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor di samping memenangi 82 buah kerusi parlimen - iaitu yang paling besar dalam sejarah pilihan raya Malaysia sejak pilihan raya umum 1969.

Majlis malam tadi dihadiri oleh Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali, Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Naib Presiden PKR, Azmin Ali,Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Kekecohan mula timbul apabila sepasukan anggota polis daripada Unit Simpanan Persekutuan menuju ke arah Azmin Ali yang sedang berucap dan meminta beliau menghentikan ucapannya.

Ini kerana menurut polis, perhimpunan malam ini tidak mempunyai permit.

Situasi menjadi kecoh kerana Azmin yang tetap meneruskan ucapannya dengan menyeru pihak polis supaya menyokong perjuangan pembangkang dengan berjanji jika pihak pembangkang berjaya menawan Putrajaya mereka akan menjaga kebajikan pihak polis.

Bagaimanapun seruannya itu tidak diendahkan dan pihak polis tetap menjalankan tanggungjawab mereka dengan meminta Azmin menghentikan ucapannya itu.

Azmin bagaimanapun enggan berbuat demikian dan berkata Kelab Sultan Sulaiman bukanlah milik UMNO tetapi hak milik Kerajaan Negeri Selangor yang diperintah oleh PR.

Polis kemudian tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa menghantar trak FRU dengan pancutan air ke arah orang-ramai.

Tetapi Tian Chua yang terkenal dengan reputasi sering menghalang trak polis dengan menjadikan dirinya sebagai 'perisai' kali ini menyeru orang-ramai supaya mengikuti arahan polis dengan memasuki premis Kelab Sultan Sulaiman.

Polis tidak membenarkan orang-ramai memenuhi padang kelab berkenaan.

Ini adalah insiden kedua polis menghentikan ceramah PR kerana tidak memiliki permit berhimpun.

Semalam satu majlis anjuran DAP di Kepong, telah dihentikan atas sebab yang sama.

Ceramah di Kelab Sultan Sulaiman ini juga dilihat sebagai satu usaha untuk menaikkan moral PR selepas tiga ahli Parlimen PKR mengisytiharkan keluar parti manakala seorang lagi dipecat sebagai ahli semalam.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan