Aziz Sheikh Fadzir Pelawa Zulkifli Noordin Guna Platform Umno

Diterbitkan: Ahad, 7 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KULIM: Ketua Umno bahagian Kulim-Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir mempelawa Zulkifli Nordin yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya menjadikan Umno sebagai platform untuknya terus berkhidmat kepada rakyat.

"Memandangkan YB (Yang Berhormat) Zul (Zulkifli) sudah tidak percayakan lagi hala tuju dan prinsip PKR, beliau boleh menjadikan Umno sebagai platformnya bergerak untuk berkhidmat kepada rakyat seperti yang ditelah dijalankan Umno selama ini", kata Abdul Aziz yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno kepada Bernama.

Beliau juga berkata pemecatan Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu menjadi bukti jelas bahawa PKR tidak membenarkan proses demokrasi berjalan di dalam parti pembangkang itu.

"Pendirian parti ini untuk menyelesaikan masalah besar hanya ditentukan oleh beberapa kerat pemimpin yang mementingkan populariti dan kepentingan jawatan mereka sahaja," katanya.

Zulkifli yang dipecat semalam berkata beliau mahu menjadi Anggota Parlimen bebas untuk terus berkhidmat kepada rakyat. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan