Semua Sekolah Tingkat Prestasi Akan Dapat Insentif: TPM

Diterbitkan: Sabtu, 6 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SLIM RIVER: Pengetua, guru besar dan semua guru sekolah bukan dalam kategori Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang berjaya meningkatkan prestasi akan turut diberikan insentif dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan mulai tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata pemberian insentif itu akan diberikan kepada semua sekolah sama ada di bandar dan luar bandar yang telah menunjukkan kecemerlangan.

"Insentif akan diberikan dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan seperti kenaikan pangkat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan warga pendidik Daerah Batang Padang di Politeknik Sultan Azlan Shah dan melancarkan Program Juara Rakyat peringkat negeri Perak di Taman Tasek YDP di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata beliau akan mengumumkan secara terperinci mengenai insentif khas berkenaan pada sambutan Hari Guru tahun ini. Sambutan Hari Guru ialah pada bulan Mei.

Beliau berkata pemberian insentif itu akan melalui kriteria yang akan ditentukan dan akan mengambil kira juga kedudukan sekolah terutama bagi sekolah-sekolah luar bandar.

Muhyiddin berkata pemberian insentif berkenaan diperluaskan kepada semua guru sekolah terbabit kerana kejayaan sesebuah sekolah itu meningkatkan prestasi bukan hanya bergantung kepada pengetua atau guru besar tetapi membabitkan kerjasama semua guru.

"Kalau mereka menunjukkan kecemerlangan...ikut ukuran apa yang kita sebut kumpulan-kumpulan tertentu. Tetapi kalau meningkat sedikit pun, kita akan bagi juga imbuhan kepada guru besar, pengetua dan guru-guru di sekolah itu. Kalau meningkat semua dapat kredit," katanya.

Beliau berkata sebuah sekolah yang mempunyai kepimpinan yang baik boleh dinilai apabila walaupun tidak mendapat peruntukan tetapi mampu meningkatkan pencapaian dan sudah tentu ia akan diiktiraf.

Sementara itu katanya beliau juga akan mengumumkan secara terperinci mengenai pemberian insentif kepada swasta yang membuka kelas-kelas pra-sekolah minggu depan.

Katanya, geran pelancaran itu bukan bagi pembinaan bangunan tetapi ia bertujuan membantu mencapai matlamat memastikan 67 peratus kanak-kanak yang akan memasuki alam persekolahan tahun ini mempunyai pendidikan asas.

Selain memberikan geran berkenaan, kementerian juga akan membantu melatih guru-guru yang ditempatkan di semua pra-sekolah terbabit, kata beliau.

Dalam perjumpaan dengan warga pendidik sebelum itu, Muhyiddin berkata para guru perlu berusaha bersungguh-sungguh ke arah mencapai kecemerlangan pendidikan.

Beliau berkata langkah kementerian memperkenalkan SBT adalah sebagai persediaan untuk melonjakkan lagi bidang pendidikan negara ke peringkat yang lebih tinggi.

"Kita minta guru-guru bersama-sama membantu mencapai matlamat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang disasarkan kerana kita tidak mahu juara kampung tetapi yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa," tambahnya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan