Pulau Pinang Minta SPR Adakan Pilihan Raya PBT

Diterbitkan: Sabtu, 6 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Kerajaan negeri Pulau Pinang memutuskan satu pilihan raya kerajaan tempatan diadakan bagi memilih ahli-ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata pihaknya telah menghantar surat pemberian kuasa kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengikut Perkara 113 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, permohonan mengadakan pilihan raya PBT itu semula tanpa halangan atau sekatan dari segi perundangan itu adalah bertujuan memulihkan demokrasi selain mengembalikan kuasa kepada rakyat.

Selepas menimbang perkara itu beberapa bulan lalu, Majlis Mesyuarat kerajaan negeri pada 3 Mac lalu telah mengambil keputusan untuk menyerahkan surat kepada SPR bagi mengadakan pilihan raya PBT bagi memilih ahli majlis MPPP dan MPSP, katanya.

"Surat tersebut telah dihantar melalui faks kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada 4 Mac lepas," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kejohanan Bola Sepak Antarabangsa Tujuh Sebelah Penang Sports Club (PSC) di sini hari ini.

Beliau berharap SPR akan mempertimbangkan permohonan kerajaan negeri itu dengan segera dan seterusnya melaksanakan proses pilihan raya PBT itu dengan lancar. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan