Peminjam PTPTN Paling Ramai Ditahan Imigresen Di Kelantan

Diterbitkan: Sabtu, 6 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ditahan di lapangan terbang kerana tidak membayar pinjaman daripada perbadanan itu merupakan jumlah kes yang tertinggi dicatatkan Jabatan Imigresen Kelantan.

Pengarahnya, Che Bahrom Hamzah berkata, jabatan itu terpaksa melaksanakan tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati belum menjelaskan hutang PTPTN termasuk melaksanakan proses penangguhan kepada pemiutang yang ingin membuat pasport untuk ke luar negara.

"Bagi pemiutang ini, sebarang urusan untuk membuat dan memperbaharui pasport ditangguhkan sehingga nama mereka dibersihkan daripada senarai pemiutang PTPTN," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tanpa menyebut peratusan kes penahanan membabitkan pemiutang PTPTN di negeri ini beliau berkata, pemiutang perlu memeriksa nama masing-masing dengan PTPTN bagi memastikan tiada sebarang masalah yang timbul ketika mereka ingin ke luar negara.

"Seperti di negeri lain, berdasarkan arahan dan kenyataan nama yang dikeluarkan PTPN, pasport boleh didaftar baru setelah pembayaran hutang itu dirunding dan dibincangkan oleh pihak berkenaan," katanya.

Selain itu Che Bahrom berkata, pemiutang yang daif yang tidak dapat membayar pinjaman dan disahkan oleh mahkamah sebagai muflis turut disekat nama mereka untuk ke luar negara.

Beliau berkata, pelanggan yang tidak membayar cukai pendapatan, pesalah jenayah yang melakukan jenayah sivil juga turut disekat nama mereka untuk keluar negara.

"Bagi menyelesaikan masalah nama disekat sebelum ke luar negara, pemiutang dinasihatkan melunaskan hutang masing-masing daripada mana-mana institusi peminjam bagi memudahkan urusan ke luar negara atau urusan membuat atau memperbaharui pasport.

"Bagi mengetahui nama mereka layak memiliki pasport atau tidak jika ingin ke luar negara, mereka boleh memeriksa nama dengan melayari internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang disediakan pihak terbabit," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, purata sebanyak 100 permohonan untuk E-Pasport Malaysia versi Piawaian Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dikeluarkan setiap hari sejak 28 Feb lalu di negeri ini.

Beliau berkata, E-Pasport ICAO yang dilancarkan 2 Feb lepas oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menjadi pilihan orang ramai kerana ia turut menawarkan passport berharga RM100 bagi tempoh sah laku selama dua tahun. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan