Langkah 'Stop & Talk' Beri Impak Besar Kurangkan Jenayah - Hishammuddin - Berita Semasa | mStar

Langkah 'Stop & Talk' Beri Impak Besar Kurangkan Jenayah - Hishammuddin

Diterbitkan: Sabtu, 6 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tindakan menempatkan lebih ramai anggota polis di jalanan serta langkah 'stop & talk' iaitu memperbanyakkan interaksi pegawai dan anggota dengan orang ramai yang diperkenalkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi impak besar dalam usaha mengurangkan kadar jenayah.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata sebagai contoh kawasan Cheras di Kuala Lumpur iaitu salah satu lokasi yang terletak di kawasan panas didapati kadar jenayah jalanan di empat kawasan perumahan di situ turun mendadak antara sekitar 40 peratus hingga lebih 60 peratus.

Beliau berkata di Taman Midah umpamanya kes yang direkodkan berkurangan sehingga 60.7 peratus, Taman Connought (68.5 peratus), Taman Anggerik dan Alam Damai (41 peratus) dan Permaisuri (50 peratus).

"Analisis itu dibuat berdasarkan kes-kes jenayah jalanan yang dilaporkan berlaku dalam tempoh 205 hari iaitu dari tarikh bermulanya program rintis di kawasan berkenaan pada 5 Ogos 2009 hingga 28 Februari 2010; berbanding tempoh yang sama sebelumnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hishammuddin berkata berdasarkan maklum balas daripada beberapa Taklimat Keselamatan untuk wakil masyarakat di beberapa negeri baru-baru ini mendapati program itu dialu-alukan oleh masyarakat kerana mereka turut sama dilibatkan dalam taklimat tersebut.

"Daripada laporan yang diterima saya yakin bahawa masyarakat sebenarnya berharap agar dapat turut serta dalam sebarang inisiatif yang dilaksanakan oleh KDN dan polis bagi mengurangkan lagi kadar jenayah di dalam kejiranan mereka.

"Saya melihat bahawa usaha yang dimulakan oleh polis untuk mendekatkan diri dengan masyarakat perlu disambut oleh masyarakat," katanya.

Justeru itu beliau mahu saluran-saluran sedia ada seperti Rakan Cop dan Community Policing dikembangkan bagi mengukuhkan peranannya kerana langkah itu juga boleh membantu polis mendapat maklumat dengan lebih cepat, sekaligus mendekatkan masyarakat dengan pihak berkuasa.

KDN telah mensasarkan matlamat untuk menurunkan kadar jenayah indeks lima peratus sehingga penghujung tahun ini dan menurunkan kadar jenayah jalanan sehingga 20 peratus dalam tempoh masa yang sama. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan