Kecewa Kerana Kurang Kuorum AGM Pemuda MCA

Diterbitkan: Sabtu, 6 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib Ketua Pemuda MCA pusat, Datuk Dr. Mah Hang Soon melahirkan rasa kecewa berhubung pembatalan mesyuarat agung tahunan (AGM) Pemuda MCA hari ini ekoran kekurangan kuorum.

AGM itu terpaksa dibatalkan kerana hanya 87 daripada 1,742 perwakilan hadir. Kuorum minimum adalah sekurang-kurangnya 200 orang. Cuma tujuh daripada 53 ahli jawatankuasa pusat Pemuda hadir.

Hang Soon berkata, ekoran itu, isu-isu yang sepatutnya dibahaskan pada AGM kali ini hanya dapat dibawa ke mesyuarat akan datang.

"Isu-isu seperti penggunaan kotak ikan berinsulasi membabitkan nelayan, masalah setinggan, keahlian terus Barisan Nasional tidak dapat dibahaskan kerana mesyuarat itu dibatalkan.

"Biasanya isu seumpama itu dibahaskan pada AGM," katanya pada sidang akhbar di Hotel Legend hari ini selepas mengumumkan AGM Pemuda MCA dibatalkan.

Sebelum pembatalan AGM itu, Hang Soon memberitahu pemberita bahawa beliau berada di situ kerana mematuhi keputusan jawatankuasa pusat.

"Saya hanya melengkapkan proses dan menjalankan kewajipan saya menghadiri AGM," katanya.

Ditanya sama ada beliau mengerahkan perwakilan untuk hadir, Hang Soon yang juga Ketua Pemuda MCA Perak, berkata beliau tidak berbuat demikian.

Mengenai percanggahan mesej beberapa khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta perwakilan hadir dan memberitahu AGM dibatalkan, beliau menyerahkan kepada mereka untuk membuat keputusan.

Tambah Hang Soon, mereka yang menyebarkan SMS tersebut menggesa para perwakilan untuk tidak hadir ke AGM hari ini adalah tidak bertanggungjawab.

Ditanya sama ada SMS itu berasal dari Ketua Pemuda parti, Datuk Dr Wee Ka Siong, Hang Soon berkata beliau tidak tahu.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan ia datang daripada bahagian pemuda itu sendiri.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan