JAIS Haramkan Sijil, Logo Halal Syarikat Swasta

Diterbitkan: Sabtu, 6 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mohammed Khusrin Munawi menunjukkan logo halal yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Shah Alam hari ini.
Mohammed Khusrin Munawi menunjukkan logo halal yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini mengharamkan penggunaan sijil dan logo halal yang dikeluarkan syarikat swasta berkuat kuasa serta-merta.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi pada satu sidang media semalam.

“Para pengusaha sijil halal swasta kini dilarang daripada menerima dan memproses sebarang permohonan mendapatkan Sijil Pengesahan Halal di Selangor.

“Mereka diberi tempoh selama tiga bulan untuk menyelesaikan semua permohonan yang sedang dalam proses pengesahan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Menurut Khusrin, sekiranya mereka gagal dan ingkar dengan arahan itu, JAIS tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka di bawah Seksyen 12 (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 atau Seksyen 15 (A) Akta Perihal Dagangan 1972.

“Para penguasha barangan halal hari ini diingatkan agar mendapat Sijil Pengesahan Halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan JAIS sahaja.

“Ini memandangkan hanya dua agensi ini sahaja yang layak mengeluarkan sijil berkenaan,” katanya.

Beliau membuat gesaan itu kerana ramai penguasaha barangan halal lebih berminat mendapatkan Sijil Pengesahan Halal daripada pengeluar sijil swasta termasuk para pengusaha yang gagal mendapat pengesahan halal daripada Jakim dan Jais.

“Kebanyakan logo halal keluaran pihak swasta yang berada di pasaran tidak diiktiraf oleh kerajaan dan ia boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat serta menjejaskan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai ‘Hub Halal’.

“Oleh itu, pihak pengusaha barangan halal dikehendaki menggunakan sijil atau logo halal yang dikeluarkan oleh kedua agensi berkenaan dalam usaha menyeragamkan penggunaan logo halal di Malaysia,” katanya.

Khusrin menasihatkan para pengusaha barangan halal yang telah mendapat pengesahan halal dan masih dalam tempoh kelulusan, mereka diminta tidak menggunakan sijil dan logo halal alternatif ini serta perlu membuat permohonan semula Sijil Pengesahana Halal daripada Jakim atau JAIS.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan