Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya Bermula 18 Mac

Diterbitkan: Sabtu, 6 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2010 kali kedua (PIHABF) akan diadakan pada 18-21 Mac ini, di Monumen Alaf Baru Presint 2 di sini.

Fiesta tersebut merupakan anjuran Malaysian Sport Aviation Federation (MSAF) dan AKA Ballon Sdn. Bhd.

Menurut Pengarah PIHABF, Khairuddin Abdul Rani, fiesta yang berkonsepkan 1Dunia, 1Malaysia dan 1Fiesta itu, akan menampilkan 25 buah belon panas.

“Sempena cuti sekolah yang akan datang, kami menyasarkan 250,000 pengunjung bakal membanjiri fiesta tersebut.

“Sebanyak 18 buah belon akan diterbangkan ke udara dan baki selebihnya berada di bawah untuk tontonan pengunjung.

“Lima belon panas adalah dari dalam negara dan 11 buah lagi didatangkan dari luar negara termasuk Jepun, Korea Selatan, Francis, Thailand, Indonesia, Belgium dan Jerman,” katanya pada sidang media PIHABF, semalam.

Khairuddin menambah, sepanjang berlangsungnya fiesta selama empat hari itu, terdapat pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung.

Katanya, banyak aktiviti disediakan termasuk peraduan anjuran media.

“Pemenang yang berjaya dalam peraduan tersebut akan diberi peluang merasai pengalaman menaiki belon udara panas itu.

“Manakala bagi orang ramai pula, mereka tetap diberi peluang menaiki belon panas yang telah diikat secara turun naik dan bukan terbang.

“Belon udara panas yang terbang akan hanya berlegar-legar di kawasan yang tidak melebihi 5 kilometer daripada tempat asal dan hanya akan berada di ketinggian di bawah 150 meter sahaja,” katanya.

Sementara itu, penaja bagi fiesta ini juga terdiri daripada Gas Petronas, MASkargo dan Marriot Hotel,

Antara yang turut menjayakan fiesta tersebut adalah Tom Manas Outdoor, Time Out Kuala Lumpur, Media Prima, dan dua stesen radio iaitu Red FM, Suria FM.

Acara kemuncak bagi fiesta itu adalah aktiviti Night Glow yang mempesonakan dan dijadual berlangsung pada 20 Mac ini, bermula pukul 9 malam.

Fiesta berkenaan terbuka kepada orang ramai dan masuk adalah percuma bermula 7 pagi sehingga 9 malam empat hari berturut-turut.

Untuk keterangan lebih lanjut, layari lama web www.myballonfiesta.com atau hubungi sekretariat di talian 03-74940298.

iklan

Video

Khamis, 22 Jun 2017 3:00 PM

EKSKLUSIF! Wany Hasrita Cinta Eric Fuzi?

Khamis, 22 Jun 2017 12:12 PM

Sharifah Amani Pantang Kena Tegur?

Khamis, 22 Jun 2017 9:00 AM

Sayu... Air Mata Kerinduan Ir Radzi

Rabu, 21 Jun 2017 3:00 PM

Zul Ariffin Nak Balas Dendam?

Rabu, 21 Jun 2017 12:05 PM

Wow! Fauziah Latiff Masih 'Hot'

Rabu, 21 Jun 2017 9:30 AM

Bella Nazari Pernah Buat 'Kerja Gila'

Selasa, 20 Jun 2017 3:00 PM

Fathia Latiff Mangsa Komen Lucah

Selasa, 20 Jun 2017 12:00 PM

Kesiannya... Tajul Kesepian

Selasa, 20 Jun 2017 9:25 AM

Abam 'Recycle' Baju Raya

Kolumnis

iklan

Iklan