Bahagian Keselamatan Makanan Di Setiap Negeri

Diterbitkan: Sabtu, 6 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bahagian Keselamatan Makanan Kementerian Kesihatan akan diwujudkan di setiap negeri mulai tahun ini bagi memantau tahap keselamatan produk makanan hasil keluaran tempatan dan yang diimport.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pemantauan serta pemeriksaan dapat dipertingkatkan di setiap negeri dengan adanya bahagian ini yang sebelum ini dilakukan hanya secara rambang.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan kilang baru Polar Ice Cream Sdn Bhd di sini hari ini, beliau berkata 10 makmal analisis makanan di seluruh negeri juga akan dinaik taraf untuk memastikan pemeriksaan keselamatan makanan dapat diperluaskan lagi.

Misalnya untuk produk aiskrim pada 2008 sejumlah 224 sampel diuji, hanya satu mengandungi bahan terlarang sementara pada 2009 sebanyak 232 sampel diuji dan satu juga sampel didapati mengandungi bahan terlarang, katanya.

Semua produk yang mengandungi bahan terlarang itu sudah ditarik balik dari pasaran, tambah beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan