Al-Islam Mohon Maaf Singgung Perasaan Penganut Agama Kristian

Diterbitkan: Sabtu, 6 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majalah Al Islam hari ini secara rasminya memohon maaf berhubung penyiaran artikel `Tinjauan Al Islam dalam Gereja: Mencari Kesahihan Remaja Melayu Murtad’, keluaran Mei 2009, kerana artikel itu tanpa disengajakan telah menyinggung perasaan para penganut agama Kristian, khususnya Katolik.

Permohonan maaf tersebut yang disiarkan dalam laman web kumpulan majalan utusan (www.utusankarya.com.my) antara lain menjelaskan, tinjauan itu dilakukan bertujuan mencari kesahihan dakwaan orang awam berhubung wujudkan kegiatan mengkristiankan remaja Melayu di gereja-gereja tertentu.

Al Islam juga sama sekali tidak berniat untuk menghina agama Kristian, apatah lagi mengganggu atau menceroboh rumah ibadat mereka, jelas kenyataan itu lagi.

Dua wartawan yang terlibat membuat tinjauan tersebut turut memohon maaf kerana tidak menyedari apa yang mereka lakukan semasa melaksanakan tugasan tersebut telah menyinggung perasaan para penganut agama berkenaan.

Al Islam berharap perkara seumpama ini tidak akan berulang lagi.

Jelas kenyataan yang disiarkan itu, permohonan maaf tersebut juga akan disiarkan dalam majalah Al Islam keluaran April depan yang akan berada di pasaran pertengahan bulan ini.

Semalam agensi berita nasional, Bernama melaporkan, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah memutuskan untuk tidak mendakwa dua wartawan yang menulis sebuah artikel berkenaan gereja dan Islam di dalam sebuah majalah.

Beliau berkata mengambil tindakan keras tidak membawa kepentingan kepada keadilan, keamanan dan keharmonian pada ketika ini.

"Saya pernah membuat keputusan serupa pada masa lalu dalam kes-kes yang keadaannya juga agak sama melibatkan agama lain, di bawah keadaan itu mengambil tindakan serius tidak mendatangkan kepentingan kepada keadilan," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata satu laporan polis telah dibuat berkenaan artikel yang diterbitkan Majalah Al-Islam bertajuk 'Tinjauan Al-Islam Dalam Gereja: Mencari Kesahihan Remaja Melayu Murtad' menerusi edisi Mei 2009.

"Polis telah menjalankan siasatan dan menyerahkan kertas siasatan kepada pejabat saya," katanya. Abdul Gani berkata siasatan mendapati kedua-dua wartawan itu telah pergi ke Gereja St Anthony di Puduraya untuk mengesahkan dakwaan bahawa orang Islam telah ditarik untuk memeluk agama Kristian dan penggunaan kalimah 'Allah'.

"Pemerhatian mereka mendapati dakwaan itu tidak benar. Semasa di gereja, paderi telah memberi mereka roti putih yang kemudian dibawa balik ke pejabat mereka.

"Didedahkan kemudian mereka tidak tahu makna roti putih itu. Tidak ada kekacauan berlaku di gereja. Malah tidak ada seorang pun di dalam gereja itu yang sedar mereka adalah orang Melayu," katanya.

Abdul Gani berkata tindakan kedua-dua wartawan itu mungkin telah melukakan perasaan sesetengah pihak, namun beliau berpuas hati kerana mereka tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak, dan ianya adalah tindakan berpunca daripada kejahilan.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan