Pairin Elak Soalan Mengenai Persaraan

Diterbitkan: Jumaat, 5 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan hari ini mengelak soalan mengenai persaraan, menyatakan beliau akan terus memimpin parti itu.

"Perjuangan akan diteruskan...selagi saya boleh terus bekerja bersama-sama dengan lainnya. Saya akan berbuat demikian malahan selepas bersara," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Jubli Perak parti itu di Luyang, dekat sini.

Ditanya sama ada beliau telah menetapkan tempoh masa untuk bersara, beliau berkata: "Tidak, bagi diri saya".

Pairin, 70, ialah pengasas dan presiden PBS, yang ditubuhkan pada 1985, dan telah memegang jawatan Ketua Menteri Sabah dari April 1985 hingga Mac 1994.

Ditanya sama ada keputusan parti itu untuk menyertai semula Barisan Nasional (BN) merupakan langkah baik, katanya kerajaan persekutuan telah menunjukkan komitmen dan keikhlasan untuk membangunkan negeri ini, khususnya dalam menangani isu keselamatan ekoran kebanjiran pendatang asing tanpa izin.

"Perjuangan kami selama ini ialah untuk melihat tindakan serius dalam menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin dan apa yang jelas ialah kerajaan persekutuan melakukan yang terbaik dalam menangani masalah ini.

"Kerajaan juga akan menubuhkan Makmal khas (di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara) untuk mendapatkan maklum balas mengenai bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini secara menyeluruh, dan kami, dalam PBS, menyokong apa juga usaha yang baik untuk rakyat Sabah," katanya.

PBS diterima masuk semula sebagai anggota komponen BN pada Januari 2002. Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri (kini Tun) Dr Mahathir Mohamad berkata PBS, yang meninggalkan BN pada 1990, diterima semula tanpa sebarang syarat.

Pairin berkata PBS telah menetapkan sasaran untuk menggandakan jumlah anggota parti itu dengan menggalakkan setiap anggotanya menarik sekurang-kurangnya seorang anggota baru tahun ini, sebagai langkah untuk memperkukuhkan parti dan BN.

Terdahulu, dalam ucapannya, Pairin berkata PBS akan terus memperjuangkan perjuangan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, khususnya dalam membawa pembangunan dan kemajuan di Sabah. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan