Lima Pelajar Permata Pintar Sertai Summer Camp Di Amerika Syarikat

Diterbitkan: Jumaat, 5 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Lima pelajar pintar program Permata Pintar Negara akan dihantar ke John Hopkins University di Amerika Syarikat bagi mengikuti program Summer Camp 2010 dari 27 Jun hingga 16 Julai ini.

Mereka terdiri Rabiatul Adawiyah Ishak, 13, dari Sarawak, S. Kalithashinee, 14, (Pulau Pinang), Ahmad Asyraf Burhani, 15, (Pahang), Philip Chin Zhen Yew, 16, (Pulau Pinang) dan Muhammad Akmal Hasbullah, 16, (Kelantan).

"Kelima-lima mereka yang dipilih itu adalah daripada kalangan pelajar yang telah mengikuti program Summer Camp di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun lepas," kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang juga penaung program Permata Pintar Negara kepada pemberita selepas melancarkan ujian saringan pertama tahu kedua Permata Pintar UKM 1 di Kolej Tunku Kurshiah di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, Naib Canselor UKM Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Shahabudin dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mat Ali Hassan.

Rosmah berkata bahawa setiap tahun antara 300 dan 400 pelajar pintar dari lebih 100 negara akan mengikuti program Summer Camp di John Hopkins University.

"Selain daripada dapat bercampur-gaul dan memahami pelajar pintar dari negara lain, saya berharap kelima-lima pelajar pintar yang dipilih ini akan didedahkan dengan pelbagai modul pembelajaran di universiti tersebut.

"Adalah diharapkan melalui program ini mereka dapat menimba pengalaman dan seterusnya apabila pulang nanti mereka dapat berkongsi pengalaman tersebut dengan pelajar pintar yang lain di Malaysia," katanya.

Rosmah berkata 339,147 orang pelajar berumur 9 hingga 15 tahun telah mencuba ujian Permata Pintar UKM 1 pada tahun lepas dan daripada jumlah itu, seramai 4,686 orang telah dipilih untuk mengambil ujian Permata Pintar UKM 2 yang telah dijalankan secara terkawal, dan hanya 405 orang pelajar pintar sahaja dipilih untuk mengikuti program perkhemahan cuti sekolah di UKM pada akhir tahun lepas.

Pada tahun ini program Permata Pintar akan memilih kira-kira 1,000 orang pelajar untuk mengikuti program perkhemahan cuti sekolah di UKM pada akhir tahun ini.

"Kita akan menjemput 10 pelajar pintar dari luar negara untuk mengikuti program perkhemahan cuti sekolah di UKM pada akhir tahun ini," kata Rosmah.

Beliau meminta pelajar berusia 9 hingga 15 tahun dari seluruh negara agar mengambil ujian itu yang akan dibuka sehingga Mei. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan