Khaled: Sediakan Latihan Untuk Graduan Perolehi Kemahiran Insaniah

Diterbitkan: Jumaat, 5 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Syarikat-syarikat di negara ini perlu menawarkan peluang latihan untuk graduan membina kemahiran insaniah, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini.

Beliau berkata ini kerana sektor industri sering kali menyatakan graduan baru tidak memiliki kemahiran yang sesuai dengan persekitaran dan bidang kerja.

"Pihak industri mahu graduan mempunyai kemahiran insaniah seperti komunikasi, pengurusan, kepimpinan dan bekerja sebagai satu pasukan selain keputusan pelajaran yang cemerlang.

"Justeru adalah penting untuk membina kemahiran itu di institusi pengajian tinggi. Ini dapat membangun kematangan emosi seseorang graduan selain kebijaksanaan dalam ilmu," katanya selepas merasmikan seminar sehari Amalan Terbaik Kemahiran Insaniah, anjuran Universiti Putra Malaysia, di sini.

Sehingga kini 70 peratus graduan di Malaysia berjaya mendapat pekerjaan dalam masa enam bulan selepas tamat pengajian, menunjukkan institusi pengajian tinggi telah berjaya menghasilkan graduan berkemahiran insaniah, katanya.

Menurut kajian yang dijalankan Jobstreet pada kalangan 250 syarikat swasta dan agensi kerajaan tahun lepas, kegagalan graduan memperolehi pekerjaan adalah kerana mereka tidak mempunyai kemahiran insaniah.

Kajian itu menunjukkan kemahiran insaniah yang paling kurang dimiliki ialah etika berkomunikasi, kepimpinan dan pemikiran kritis, katanya.

Beliau berkata institusi wajar memastikan pelajar menyertai kegiatan kokurikulum secara aktif untuk membina kemahiran insaniah sekali gus membolehkan mereka bersaing dalam persekitaran pekerjaan sekarang. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan