Cuaca Panas: Sekolah Di Pahang Diarah Kurangkan Aktiviti Luar

Diterbitkan: Jumaat, 5 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Semua sekolah di Pahang diarah mengurangkan aktiviti luar darjah berikutan cuaca kering dan panas yang melanda negara ketika ini, kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Katanya, beliau telah menghubungi Pengarah Jabatan Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff hari ini berhubung perkara itu.

"Cuaca di Pahang sekarang antara 37 hingga 38 darjah celsius, jadi kena kurangkan aktiviti," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama projek penanaman padi secara komersial antara Kerajaan Korea Utara dan syarikat Sungai Duri Plantations Sdn Bhd di sini, hari ini.

Beliau berkata, keadaan cuaca tersebut turut memberi kesan kepada penurunan paras air di negeri itu.

Katanya, sebagai contoh paras air di Empangan Chereh, dekat sini susut kira-kira 0.6 meter.

"Empangan ini masih boleh membekalkan air untuk tempoh sehingga tiga bulan lagi bagi tujuan asas seperti makan dan minum," katanya.

Dalam perkembangan lain, Adnan berkata, selain menemui penduduk kawasannya, beliau akan menjelajah ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) lain di Pahang pada setiap minggu bermula hujung minggu ini untuk mengetahui masalah yang dihadapi rakyat.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Pahang berkata, program tersebut juga mampu mengukuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam mendapatkan sokongan rakyat.

Katanya, anggota BN tidak harus bergantung kepada kemelut yang melanda pakatan pembangkang ketika ini dalam mendapatkan sokongan rakyat.

"Itu hal mereka (pembangkang), kita kena berusaha kukuhkan parti, jadikan usaha keras Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai contoh," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan