Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Kategori Pertama - Berita Semasa | mStar

Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Kategori Pertama

Diterbitkan: Jumaat, 5 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keadaan angin kencang Timur Laut dan laut bergelora kategori pertama dijangka berlaku di perairan Samui (Kelantan dan Terengganu), Labuan, Pantai Barat Sabah, Kudat, Palawan, Reef North, Layang-Layang dan Condore mulai Rabu hingga Sabtu depan.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataannya hari ini berkata angin dijangka bertiup selaju 40 hingga 50 km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan