Terjemahan Tafsir Al-Quran Dalam Bahasa Mandarin, Tamil

Diterbitkan: Khamis, 4 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGI: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menerbitkan terjemahan tafsir al-Quran di dalam bahasa Mandarin dan Tamil bagi kemudahan pengamal kedua-dua bahasa tersebut.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz berkata bagi terjemahan tafsir dalam bahasa Mandarin, ia dijangka diterbitkan menjelang Ramadan tahun ini, dengan cetakan permulaan adalah sebanyak 10,000 naskhah.

Dengan menjadikan pengamal bahasa Mandarin sebagai sasaran, beliau berkata proses terjemahan itu sehingga kini telah menyelesaikan 26 juzuk, sebelum terjemahan dihentikan buat sementara bagi memberi laluan kepada penterjemahan juzuk 'Amma iaitu juzuk terakhir di dalam al-Quran. "Ini bagi memberi keutamaan kepada saudara-saudara baru yang menggunakan bahasa Mandarin untuk memahami intipati al-Quran dengan mudah kerana juzuk 'Amma mengandungi surah-surah pendek dan ayat-ayat lazim yang sering dihafaz untuk menunaikan solat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Penghayatan Bahasa Al-Quran, di sini hari ini.

Wan Mohamad berkata, terjemahan tafsir Al-Quran di dalam bahasa Tamil pula akan dimulakan dalam jangka masa terdekat.

Mengenai usaha terjemahan Al-Quran, beliau berkata negara masih kekurangan pakar untuk mentafsir dan menterjemah tafsiran Al-Quran berikutan ia memerlukan kepakaran dan penguasaan dalam pelbagai bidang ilmu.

"Penterjemahan tafsir al-Quran memerlukan penguasaan sekurang-kurangnya dua bahasa berbeza, termasuk pengetahuan luas dalam pelbagai disiplin ilmu tafsir bagi memastikan maksud yang ingin disampaikan tepat dan tidak menyalahi kalimat-kalimat suci itu.

"Proses yang sedia ada dalam bahasa Melayu ke bahasa Inggeris mengambil masa selama hampir 10 tahun, mencakupi proses penterjemahan, semakan dan percetakan. "Proses penterjemahan ke lain-lain bahasa pula mengambil masa hampir dua setengah tahun dan ia adalah proses yang memerlukan kepakaran serta pengalaman yang sangat tinggi.

"Setiap perkataan di dalam bahasa Arab yang terkandung di dalam Al-Quran kadangkala mempunyai pelbagai makna, dan kita perlu mencari terjemahan yang benar-benar tepat," katanya. Wan Mohamad berkata, sehingga kini Malaysia hanya mempunyai hampir 100 pakar penterjemahan tafsir Al-Quran dan jumlah itu masih sedikit berbanding keperluan yang semakin meningkat.

"Bukan semua orang benar-benar layak untuk mentafsir dan menterjemah tafsir Al-Quran ini, dan kita telah memanfaatkan semua tenaga yang ada di pelbagai institusi pengajian tinggi negara kita untuk tujuan itu," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan