Soi Lek Letak Jawatan Timbalan Presiden MCA

Diterbitkan: Khamis, 4 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden MCA berkuat kuasa serta-merta bagi memberi laluan pemilihan baru diadakan dalam tempoh sebulan untuk menyelesaikan krisis parti itu.

Ketika mengumumkan keputusannya itu pada satu sidang akhbar di Wisma MCA di sini hari ini, beliau berkata, tujuh lagi anggota jawatankuasa pusat (CC) MCA juga telah meletak jawatan.

Sebelum ini, 13 anggota jawatankuasa itu berbuat demikian. Ini bermakna 21 orang iaitu dua pertiga daripada anggota CC yang dipilih telah meletak jawatan bagi membolehkan pemilihan baru diadakan.

Ketika ditanya sama ada beliau telah memberitahu Presiden Parti, Datuk Seri Ong Tee Keat mengenai tindakannya itu, Dr Chua berkata beliau tidak berbuat demikian.

"Saya masih belum beritahu kepada presiden, akan tetapi borang peletakan jawatan masih ada pada saya kerana setiausaha agung tiada di pejabatnya," katanya.

Beliau juga meminta supaya mesyuarat agung tahunan MCA hujung minggu ini ditangguhkan.

"Peletakan jawatan ini adalah untuk memenuhi janji saya pada EGM (mesyuarat agung luar biasa) tahun lepas di mana saya telah mengutarakan pandangan bahawa kita mungkin perlu pemilihan baru agar kemelut parti dapat ditangani.

"Yang penting ialah parti bukannya soal pemimpin atau kepentingan diri melebihi parti," katanya.

Chua berkata, sejak Januari hingga semalam, beliau telah menerima surat peletakan jawatan daripada tujuh anggota CC yang dipilih.

Mereka ialah Naib Presiden Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Gan Tian Loo, Dr Por Choo Chor, Datuk Seri Tan Chai Ho, Tee Siew Keong, Datuk Chong Itt Chiew dan Loh Seng Kok.

Dalam pada itu, Chua berkata, dengan 21 ahli CC meletakkan jawatan, pemilihan baru perlu dibuat dalam masa satu bulan mengikut fasa 41 perlembagaan parti.

Sementara itu, beliau turut memberitahu tidak akan menghadiri mesyuarat CC yang akan diadakan esok ekoran peletakan jawatannya.

"saya dan kumpulan yang meletakkan jawatan tidak akan menghadiri mesyuarat esok," ujarnya.

Bagaimanapun, beliau berharap anggota CC lain yang akan menghadiri mesyuarat esok supaya sedar dan insaf tentang tanggungjawab dan hak mereka mereka terhadap parti.

"Saya menolak tawaran sebagai pengerusi akhbar The Star adalah kerana parti adalah lebih penting," katanya.

Katanya lagi, beliau hanya akan membuat keputusan sama ada akan bertanding semula selepas parti menetapkan penamaan calon dan pemilihan parti.

Dalam satu sidang media berasingan, Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya telah menghantar borang peletakan jawatan bertarikh 3 Mac kepada Ketua Pengarah Pentadbiran MCA, Lim Chin Hai.

Bagaimanapun, kumpulan tersebut telah pun menghantar borang tersebut kepada setiausaha agung parti, Datuk Wong Foon Meng pada 15 Disember tahun lalu.

Selain Liow, 12 anggota CC yang telah meletakkan jawatan adalah Tan Kok Hong, Lee Wei Kiat, Dr Hou Kok Chung, Datuk Yu Chok Tow, Wong Nai Chee, Datuk Wee Jeck Seng, Senator Datuk Dr Yeow Chai Thiam, Datuk Hoh Khai Mun, Datuk Liew Yuen Keong, Datuk Wong Mook Leong, Datuk Edward Khoo Keok Hai dan Senator Datuk Alex Wong Siong Hwee.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan