Polis Sahkan Seorang Lelaki Buat Panggilan Palsu

Diterbitkan: Khamis, 4 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis hari ini mengesahkan bahawa seorang lelaki telah membuat panggilan palsu berhubung penemuan bom di bangunan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di Bukit Kiara di sini.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata panggilan tersebut dibuat kira-kira pukul 3 petang oleh lelaki berkenaan menerusi talian 999.

Sejurus mendapat maklumat, sepasukan polis dari unit pemusnah bom Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur (IPK KL) bersama-sama sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat dari Sri Hartamas bergegas ke tempat kejadian bagi menjalankan pemeriksaan.

"Pemeriksaan selama satu jam setengah yang bermula pada pukul 3.30 petang dari tingkat satu hingga tingkat lima bangunan tersebut tidak menemui bahan letupan itu. "Pihak polis akan cuba mengesan lokasi lelaki tersebut melalui talian 999 dan data yang direkodkan," katanya ketika dihubungi.

Beliau menasihati kakitangan di pejabat itu agar berhati-hati jika ternampak sebarang bungkusan yang mencurigakan di bangunan tersebut dan terus menghubungi pihak berkuasa. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan