Polis Lumpuh Sindiket Edar Pil Kuda Dan Heroin Terbesar Di Terengganu

Diterbitkan: Khamis, 4 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Polis percaya berjaya melumpuhkan satu sindiket mengedar dadah jenis pil kuda dan heroin terbesar di Terengganu yang berselindung di sebalik perniagaan jualan langsung yang berdaftar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri Supt Roslan Abd Wahid berkata ia ekoran daripada penahanan seorang lelaki yang dipercayai ketua kumpulan itu dalam satu serbuan di Jalan Pasir Panjang dekat sini.

"Suspek yang berumur 50 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah premis jualan langsung di Bukit Besar dekat sini kira-kira pukul 12.05 tengah malam," katanya kepada pemberita dalam satu persidangan akhbar di sini.

Beliau berkata polis turut merampas 1,346 biji pil kuda yang bernilai RM40,380, serta wang tunai RM11,000, yang ditemui disembunyikan dalam sebuah kereta jenis Kancil milik lelaki itu berhampiran premis berkenaan.

Ekoran penahanan itu, katanya polis menyerbu rumah suspek di Taman Permint Jaya, Chendering di sini dan merampas wang tunai RM10,150 yang dipercayai wang hasil jualan dadah, selain menyita wang tunai RM10,000 lagi milik suspek di bank.

Roslan berkata suspek yang berasal dari sebuah tanah rancangan Felda di Jerangau mempunyai empat rekod jenayah iaitu pernah ditahan di bawah Seksyen 39 (A) Akta Dadah Berbahaya 1952, memiliki senjata merbahaya, Akta Dadah Berbahaya (langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 dan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata suspek juga pernah ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak di Machang selama dua tahun sebelum dibebaskan awal tahun lepasm, dan polis percaya suspek mula bergiat aktif selepas dibebaskan.

"Dadah itu dibawa masuk menerusi Thailand dan jika dilihat kepada transaksi akaunnya, suspek aktif dalam urusan jual beli dadah ini sehingga mencecah puluhan ribu setiap kali transaksi," katanya.

Beliau berkata suspek dipercayai melakukan transaksi pembelian dadah jenis pil kuda dan heroin sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

Katanya suspek kini ditahan reman 9 Mac ini bagi membantu siasatan, dan kes sedang disiasat mengikut Sekyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman mati mandatori.

Roslan berkata siasatan polis juga mendapat sindiket pengedarah pil kuda dan heroin terbesar di negeri Terengganu itu disertai oleh 12 lagi anggota lain rangkaian sindiket berkenaan yang bergerak aktif di tiga daerah iaitu Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Dungun, dan semua mereka sudah dikenal pasti.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan