PM Hadiri Tahlil Sempena Kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar

Diterbitkan: Khamis, 4 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri majlis tahlil sempena 40 hari kemangkatan Sultan Johor yang keempat, Almarhum Sultan Iskandar di Masjid Sultan Abu Bakar di sini, semalam.

Sultan Johor Sultan Ibrahim dan anakanda baginda Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail dan Tunku Temenggong Johor Tunku Idris turut hadir pada majlis tahlil tersebut.

Turut sama menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman dan barisan Exco kerajaan negeri, Penasihat Majlis Agama Negeri Datuk Nooh Gadot dan mufti negeri Datuk Mohd Tahrir Samsuddin.

Sebelum itu, Perdana Menteri dan Sultan Johor serta kira-kira 500 yang lain terdiri daripada pegawai dan kakitangan pelbagai agensi kerajaan negeri turut bersama-sama menunaikan solat Maghrib.

Almarhum Sultan Iskandar mangkat pada 22 Jan lepas selepas memerintah negeri Johor selama tiga dekad dan anakanda almarhum, Sultan Ibrahim telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang kelima di Istana Besar keesokkan harinya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan