Penstrukturan Semula Sistem Subsidi Petroleum Dibatalkan

Diterbitkan: Khamis, 4 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini memgumumkan pembatalan cadangan mengadakan sistem subsidi minyak berperingkat.

Sehubungan itu, tiada sebarang kenaikan harga bahan api itu buat masa sekarang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan perkara itu, berkata dengan itu sistem subsidi petrol yang ada akan dikekalkan.

Katanya Makmal Perasionalan Subsidi yang telah diwujudkan akan mengkaji semula semua bentuk subsidi di negara ini termasuk petrol dan bahan api.

Beliau berkata kerajaan memutuskan untuk membatalkan cadangan sistem pengurusan subsidi minyak selepas menimbangkan semua maklum balas daripada orang ramai.

"Keputusan itu jelas menunjukkan bahawa kerajaan mengambil perhatian berhubung pandangan dan kebimbangan orang ramai.

"Walaupun tidak baik untuk ekonomi negara, tapi bila dengar pandangan dan kebimbangan dari rakyat, kerajaan prihatin dan mengutamakan rakyat.

"Kerajaan tidak mahu buat satu pelaksanaan yang tidak disokong oleh rakyat kerana kerajaan hari ini adalah kerajaan rakyat," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya kerajaan akan menggunakan hasil kajian yang dijalankan oleh Makmal Perasionalan Subsidi itu sebagai asas untuk menentukan subsidi pada masa depan.

Sebelum ini, kerajaan merancang untuk memperkenalkan sistem harga berperingkat bagi petrol pada 1 Mei serentak dengan pemansuhan pemberian subsidi petrol kepada warga asing.

Antara mekanisme itu ialah mengehadkan jumlah pembelian petrol kepada setiap pengguna yang layak dan pemberian subsidi petrol mengikut jenis kenderaan termasuk menggunakan kad pengenalan MyKad untuk menentukan golongan yang layak menerima subsidi itu memandangkan ketika ini hanya MyKad mempunyai kapasiti untuk menentukan status warganegara seseorang.

Harga RON 95 bersubsidi sekarang ialah RM1.80 setiap liter dan RM2.05 setiap liter bagi RON 97, manakala diesel dijual pada harga RM1.70 setiap liter.

Pada 2009, Ismail Sabri berkata kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM3.4 bilion bagi petrol dan RM1.9 bilion bagi diesel.

"Sehingga hari ini, kerajaan menanggung 30 sen subsidi untuk setiap liter dan juga lebih.

"Bagi Februari 2010, kadar subsidi yang ditanggung kerajaan ialah 39 sen setiap liter bagi RON 95, 16.56 sen setiap liter RON 97 dan 32.12 sen setiap liter bagi diesel," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan