Filipina, MILF Sambung Kembali Rundingan Damai

Diterbitkan: Khamis, 4 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rundingan damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) disambung kembali di sini pagi ini dengan MILF mengemukakan cadangan dan pandangan mereka kepada panel kerajaan semasa sesi soal jawab.

Ketua Perunding Perdamaian MILF, Mohagher Iqbal berkata, mereka telah mengemukakan cadangan dan pandangan MILF pagi ini kepada delegasi Filipina yang diketuai Pengerusi Panel Rundingan Damai Kerajaan Filipina, Rafael Seguis.

"Kami telah mengemukakan (cadangan) dalam bentuk format power point ... panel kerajaan akan mengajukan kami soalan berdasarkan cadangan kami," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mohagher mengetuai delegasi lima anggota manakala Seguis mengetuai rombongan 10 anggota bagi menyambung semula rundingan damai yang diadakan di sebuah hotel di sini.

Rundingan damai terakhir yang dihoskan Malaysia diadakan Januari lepas.

Menjawab pertanyaan, Mohagher berkata mesyuarat itu diadakan dalam suasana mesra.

"Walaupun beberapa kenyataan adalah berterus-terang. Tetapi itu adalah cara perunding untuk mengemukakan isu," katanya.

Ditanya adakah beliau yakin terdapat perkembangan baru dalam rundingan hari ini, Mohagher berkata: "Buat masa ini saya tidak tahu".

Bagi tempoh 12 tahun lepas, Kerajaan Filipina dan MILF telah beberapa kali mengadakan rundingan damai untuk menamatkan konflik di selatan Filipina yang telah berlarutan selama empat dekad.

Rundingan Damai itu diaturkan oleh Malaysia sejak 2001, bertujuan menamatkan pemberontakan penduduk Islam selama empat dekad yang telah meragut 120,000 nyawa.

Pada 17 Februari, MILF mengumumkan bahawa cadangan Manila yang dilakukan semasa rundingan di Malaysia pada Januari "tidak dapat diterima" dan menjadikan perjanjian damai untuk dicapai semasa pemerintahan Presiden Gloria Macapagal Arroyo sukar.

Arroyo akan menamatkan perkhidmatannya pada 30 Jun. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan