Doktor Swasta Dipelawa Berkhidmat Di Klinik Kesihatan Kerajaan

Diterbitkan: Khamis, 4 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan hari ini mempelawa doktor swasta yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia dan memenuhi syarat dalam perkhidmatan untuk berkhidmat di 162 buah Klinik Kesihatan di seluruh negara.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata mereka boleh berkhidmat secara "sessional" atau "locum" (pengganti) dengan kadar bayaran RM80 sejam.

"Waktu bekerja adalah dari 8 pagi hingga 5 petang bagi hari bekerja biasa (sessional) mengikut negeri, manakala waktu lanjutan 5 petang hingga 9.30 malam bagi hari Isnin hingga Jumaat dan 8 pagi hingga 12 tengah hari bagi hari Sabtu (locum), katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata bagi menjaga kualiti perkhidmatan di Klinik Kementerian Kesihatan Malaysia, doktor-doktor swasta dikehendaki mematuhi "Quality Assurance Standards", "Standard Operating Procedure", "Clinical Practice Guidelines" dan apa jua arahan teknikal yang dikenal pasti.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan borang permohonan, doktor-doktor swasta boleh melayari laman web www.moh.gov.my/MohPortal/categoryView.jsp. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan