Cukai Pendapatan, Korporat Akan Dikurangkan Selepas Pelaksanaan GST

Diterbitkan: Khamis, 4 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cukai pendapatan dan korporat akan dikurangkan secara beransur-ansur, sebaik cadangan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) dilaksanakan menjelang pertengahan 2011, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung.

"Ia merupakan objektif jangka panjang kerajaan. Sebaik GST dilaksanakan, ia akan meluaskan asas percukaian.

"Trendnya sekarang ialah sebaik GST dilaksanakan, cukai pendapatan dan korporat akan dikurangkan secara beransur-ansur," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dialog Dasar Alumni PTD mengenai GST di sini hari ini.

Ditanya sama ada tempoh masa tertentu ditetapkan, beliau berkata: Saya tidak fikir kita menetapkan tempoh tertentu untuknya."

Chor juga berkata perniagaan yang berkaitan dengan perkhidmatan kerajaan seperti makanan dan pengangkutan, dikecualikan daripada GST.

Timbalan Menteri itu juga memberi jaminan bahawa kos hidup dan gaya hidup rakyat tidak akan meningkat atau terjejas, meskipun GST dilaksanakan.

Beliau berkata pelaksanaanya juga tidak akan menyebabkan inflasi.

"Apabila GST dilaksanakan, cukai perkhidmatan dan jualan sedia ada akan dimansuhkan. Kedua-dua cukai itu masing-masing pada 10 peratus dan lima peratus, adalah tinggi.

"GST pada kadar empat peratus dianggap sangat rendah," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Panel Kajian Semula Cukai Kementerian Kewangan, Datuk Kamariah Hussain berkata kerajaan akan memperoleh peningkatan perolehan kira-kira RM1.0 bilion, menerusi pelaksanaan GST.

Beliau menjelaskan bahawa pengenalan GST merupakan sebahagian daripada pembaharuan keseluruhan percukaian negara.

"Menerusi GST, kerajaan akan mempunyai gandingan perolehan yang lebih baik, dan tidak terlalu bergantung terhadap cukai pendapatan dan petroleum," katanya.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah membayangkan walaupun GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada, ia tidak menekan harga serta mengurangkan beban pengguna, dengan makanan utama seperti beras, gula, minyak masak dan tepung, akan dikecualikan (daripada GST).

Rang Undang-undang GST dibentangkan untuk bacaan pertama di Parlimen Disember lepas. Bacaan kedua dijangkakan pada sesi Parlimen bulan ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan