Beberapa Jalan Utama Di KL Ditutup Sabtu, Ahad Sempena LTdL

Diterbitkan: Khamis, 4 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan utama di Kuala Lumpur, termasuk beberapa jalan di sekitar Dataran Merdeka, akan ditutup secara berperingkat mulai 6 pagi Sabtu dan Ahad ini sempena perlumbaan basikal Le Tour De Langkawi (LTdL).

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Ruslin Mohd Noor berkata, penutupan itu bagi memberi laluan kepada pelumba yang akan melalui jalan-jalan di sekitar ibu negara.

"Penutupan jalan pada peringkat keenam Sabtu ini akan melibatkan Jalan Ampang diikuti Jalan Jelatek, Jalan Setiawangsa, Jalan Kilang, Jalan Genting Klang, Jalan Taman Ibu Kota dan Jalan Gombak secara berperingkat," katanya kepada pemberita selepas sidang media taklimat trafik di Bilik Gerakan Trafik, di sini hari ini.

Pada hari Ahad, jalan-jalan di sekitar Dataran Merdeka akan ditutup mulai pukul 6 pagi secara berperingkat bagi peringkat ketujuh pertandingan itu.

Katanya, jalan-jalan yang ditutup pada hari tersebut ialah Jalan Ampang diikuti Jalan Kepong, Jalan Ipoh, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja (Dataran Merdeka), Jalan Raja Chulan, Jalan Sultan Ismail, Jalan P.Ramlee, Jalan Pinang dan Jalan Ampang.

Peringkat keenam LTdL dari Putrajaya-Genting Highlands melibatkan perlumbaan sejauh 102.8 km sementara peringkat ketujuh dari Kuala Kubu Baru-Kuala Lumpur sejauh 133.7 km.

Sementara itu, Ruslin menasihatkan pengguna jalan raya tidak menggunakan jalan-jalan tersebut selain memberi kerjasama penuh kepada anggotanya bagi melicinkan lagi perjalanan trafik.

Katanya, kenderaan berat tidak akan dibenarkan untuk menggunakan laluan tersebut sewaktu perlumbaan berlangsung dan beliau turut menyeru pengguna menggunakan jalan alternatif lain.

Seramai 130 anggota trafik akan terlibat pada peringkat keenam Sabtu ini dan 310 anggota akan dikerahkan bagi mengawasi peringkat ketujuh Ahad ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan