Amran Dakwa Belum Terima Surat Pemecatan Daripada Umno

Diterbitkan: Khamis, 4 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TANAH MERAH: Bekas Setiausaha Umno Bahagian Tanah Merah, Amran Abdul Rahman mendakwa beliau belum menerima sebarang surat mengenai pemecatannya sebagai anggota Umno daripada ibu pejabat parti itu, dan menggangap dirinya masih anggota Umno yang sah dan boleh melakukan apa sahaja tindakan sebagai seorang anggota parti.

"Setakat ini, saya belum menerima apa-apa surat rasmi (mengenai pemecatan keanggotaannya) daripada ibu pejabat Umno dan saya hanya tahu melalui laporan berita semalam," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai keahliannya digugurkan setelah membawa perkara parti ke mahkamah dalam saman pemula terhadap Ketua Umno Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Timbalan Ketua Umno Bahagian, Baharuddin Yusof.

Semalam Setiausaha Umno Bahagian Tanah Merah, Ahmad Ismail berkata beliau menerima surat pengesahan daripada ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur yang ditandatangani Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, mengenai pemecatan keahlian Amran.

Amran, 46, berkata bahawa daripada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dipengerusikan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 25 Februari lepas tidak disebut mengenai pemecatan itu.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan