Pembunuh Dr Chang Dijangka Tiba Di Kuala Lumpur Malam Ini

Diterbitkan: Rabu, 3 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Seorang rakyat Malaysia yang disabitkan kesalahan membunuh pakar bedah jantung Dr Victor Chang akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur malam ini dengan diiringi dua pegawai Imigresen Australia.

Phillip Lim Choon Tee, 50, sepatutnya berlepas dari Sydney dengan pesawat Malaysia Airlines pada petang Selasa tetapi ia tidak dibenarkan berlepas berikutan masalah mekanikal pada pesawat, yang dikesan sebelum ia sepatutnya berlepas.

Dia ditempatkan di pusat tahanan imigresen untuk malam kedua selepas pembebasannya dari Penjara Parramatta pada Isnin.

Lim, yang dipenjarakan untuk tempoh maksimum 24 tahun kerana penglibatannya dalam pembunuhan Dr Chang pada 1991, memasuki pesawat pada petang Selasa diiringi oleh dua pegawai imigresen dan dua pengawal keselamatan.

Akhbar Sydney Morning Herald melaporkan bahawa pesawat itu bergerak di atas landasan pada 3.30 petang, tetapi berpatah balik. Satu lagu usaha untuk berlepas selepas pukul 7 petang juga gagal.

Jurucakap Malaysia Airlines berkata dua pesawat akan berlepas dari Sydney pada Rabu, satu pada pukul 3.30 petang (waktu tempatan) dan satu lagi pada 9.30 malam.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan penerbangan yang Lim akan naiki atas sebab keselamatan.

Lim tidak akan dibenarkan kembali ke Australia selepas dia tiba di Malaysia, tetapi pegawai-pegawai imigresen akan mengiringinya ke Kuala Lumpur sebelum membebaskannya.

" Tanggungjawab kami berakhir sebaik sahaja dia diiringi keluar dari pesawat. Sebaik dibebaskan dia adalah rakyat Malaysia," kata Pengarah Jabatan Imigresen negeri Gavin McCairns kepada Herald.

Pihak Berkuasa Parol New South Wales (NSW) tahun lepas memutuskan Lim perlu dibebaskan selepas tempoh penjara minimum 18 tahun berakhir pada 11 November.

Ekoran bantahan awam, kerajaan negeri NSW campur tangan dan pihak berkuasa itu membatalkan keputusan awalnya itu.

Bagaimanapun, bulan lepas Lim berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Agung yang menyatakan tindakan itu tidak sah.

Dr Chang ditembak mati di sebuah jalan di Sydney selepas cubaan memeras ugutnya gagal. Penembak Liew Chew Seng masih kekal di penjara di Sydney untuk sekurang-kurangnya dua tahun lagi. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan