Anggota Parlimen Bagan Serai Keluar PKR

Diterbitkan: Rabu, 3 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) kehilangan seorang lagi wakil rakyat mereka hari ini apabila Anggota Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri mengumumkan keluar parti.

Mohsin memberitahu sidang media di sini bahawa beliau hilang keyakinan terhadap perjuangan dan matlamat politik PKR dan gagasan Pakatan Rakyat khususnya dalam mengembalikan politik dan kedaulatan Islam.

Berikut tindakan itu, beliau mengikut jejak langkah Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng dan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin yang meninggalkan parti itu.

Mohsin berkata beliau akan menjadi anggota parlimen bebas.

Dalam sidang media yang turut dihadiri bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Sallehudin Hashim, Mohsin Fadzli berkata tugas dan tanggungjawabnya sebagai anggota Parlimen turut dikhianati dan disabotaj oleh anggota parti sendiri.

"Bukan sahaja saya tidak diberi sebarang pembelaan, sebaliknya saya diaibkan dan dicemuh di khalayak ramai, dan yang paling malang, mereka yang khianat dan tidak amanah ini diberi pangkat, jawatan dan kedudukan dalam pentadbiran kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat dan dalam parti," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi malahan menganggap Ketua Pembangkang itu seperti adiknya sendiri.

"Namun, hubungan akrab dan peribadi tidak boleh menjadi alasan untuk mengetepikan akidah dan prinsip perjuangan yang saya yakini," katanya.

Ketika ditanya adakah beliau bersedia untuk dikritik oleh anggota parti dan penyokongnya, Mohsin Fadzli berkata beliau sentiasa bersedia dan membiarkan rakyat untuk menilai tindakannya itu.

Selain Mohsin Fadzli, Zahrain dan Tan, bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin turut meninggalkan parti itu.

Mohsin Fadzli, Zahrain dan Tan tidak bercadang menyertai mana-mana parti manakala Mohammad Fairus telah menyatakan hasrat menyertai Umno.

Isnin lepas, Salehuddin meramalkan seramai 10 anggota parlimen parti itu akan keluar parti dalam masa terdekat.

Di PETALING JAYA, 12 anggota Parlimen PKR hari ini menyuarakan sokongan penuh mereka terhadap parti itu sekaligus menyelar spekulasi keluar parti seperti yang didakwa dalam laman-laman blog.

Anggota Parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas yang mewakili anggota-anggota Parlimen tersebut berkata kesemua mereka masih berpegang teguh terhadap pucuk kepimpinan parti itu.

"Kami mengambil ketetapan sekeras-kerasnya menolak dakwaan bahawa kami akan meninggalkan parti sepertimana yang dispekulasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab semata-mata untuk mengganggu kesatuan dan perpaduan dalam parti," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di Tropicana hari ini.

Pada sidang media itu, 10 anggota parlimen hadir manakala dua lagi iaitu Anggota Parlimen Kelana Jaya Gwo-Burne Loh dan N.Gobalakrishnan dari Padang Serai tidak hadir kerana masing-masing mempunyai urusan di luar kawasan.

Mereka yang turut hadir Ahmad Kassim (Kuala Kedah), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau), S.Manikavasagam (Kapar), Datuk Rashid Din (Merbok), Azan Ismail (Indera Mahkota), Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan), Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat), Ab Aziz Ab Kadir (Ketereh) dan Amran Ab Ghani (Tanah Merah).

Mengulas mengenai tindakan anggota yang keluar parti, Kamarul Baharin berkata kemungkinan ia disebabkan masalah peribadi yang tidak dimaklumkan kepada pimpinan parti.

"Saya tak menduga kemungkinan itu (masalah peribadi) menjadi tugas kepimpinan parti untuk ambil tahu. Tapi kalau masalah berkaitan dengan parti, saya ingat parti tidak mengabaikan tanggungjawab," katanya.

Sementara itu, Yusmadi berkata PKR perlu melihat dan memperbaiki segala kesilapan memandangkan tindakan keluar parti sering berlaku. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan